seismik

"Padah Potong Barisan" - Lepas Kena Marah Dengan Cikgu, Dapat Malu Jatuh Tergolek Pula

Aduh, malu dik!

Cover image via @aten_chewq77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Waktu pulang merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap murid sekolah

Apabila loceng terakhir berbunyi pasti ramai yang tak sabar nak balik bukan? Namun, setiap sekolah ada peraturannya yang tersendiri. Sebagai contoh, ada yang perlu beratur dahulu sebelum pulang.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang murid mendapat padah akibat memotong barisan semasa sedang beratur telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sudahlah kantoi potong barisan, lepas itu boleh pula jatuh tergolek depan orang ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aten_chewq77, kelihatan murid-murid di sebuah sekolah rendah sedang beratur untuk pulang.

Oleh kerana nak cepat, salah seorang murid di situ bertindak untuk memotong barisan. Namun, perbuatannya itu telah ditangkap oleh salah seorang guru. Dia pun disuruh kembali beratur.

Apa yang melucukan adalah apabila murid tersebut boleh pula tiba-tiba jatuh tergolek di depan orang ramai. 

"Dulu masa kecil-kecil saya pun macam ni sebab lambat betul murid depan. Cikgu pun marah la potong barisan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat murid itu jatuh tergolek selepas kena marah. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 679.9K views, 75.3K likes dan 783 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kenapa potong barisan tu dik, kan tak pasal-pasal dah jatuh tergolek. Aduhai, kelakar! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: