Orang Ramai Kini Boleh Semak Panggilan PLKN 3.0 Siri 2, Program Akan Bermula 11 Mei Ini
PLKN 3.0 yang diperkenalkan semula sebagai program nasional berfokuskan pembangunan belia secara holistik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 kini boleh dibuat
Menerusi hantaran di Facebook Program Latihan Khidmat Negara, ia memberitahu semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang rasmi jabatan itu di https://jlkn.mod.gov.my/.
Difahamkan, seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.
Modul latihan merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan
Laporan daripada Berita Harian memberitahu latihan itu akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.
Malah, sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.
Antara kandungan Latihan Asas Ketenteraan termasuk kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI serta latihan kepimpinan.
Dalam pada itu, modul Komponen Kenegaraan pula memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan.
Mereka berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau emel ke [email protected].
Sebelum ini, PLKN 3.0 yang diperkenalkan semula sebagai program nasional berfokuskan pembangunan belia secara holistik, dilihat selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan memiliki semangat kenegaraan yang tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!