seismik

[VIDEO] Imej Budak 5 Tahun Berlumuran Darah Ini Cetus Kemarahan Seluruh Dunia

Seluruh badan diselaputi debu dan separuh mukanya berlumuran darah.

Cover image via Aleppo Media Centre

Sekeping gambar seorang kanak-kanak berlumuran darah di dalam ambulans ini telah menimbulkan api kemarahan penduduk dunia

Foto yang dirakam oleh Aleppo Media Centre ini telah berlegar di segenap ruang Internet sejak malam Rabu. Ia diambil selepas kanak-kanak ini diselamatkan dari runtuhan batu setelah kota Aleppo dibedil oleh serangan udara rejim tentera pemberontak di Syria.

Kanak-kanak ini dikenal pasti sebagai Omran Daqneesh dan baru berusia lima tahun.

Imej mengejutkan itu mempamerkan kanak-kanak tersebut diselaputi debu di seluruh badan manakala bahagian dahinya yang terluka mengalirkan darah

Dia dibawa ke hospital yang dikenali sebagai M10 untuk menerima rawatan dan dibenarkan keluar selepas itu.


Rakaman video menunjukkan penyelamat menarik Omran dari runtuhan rumah lalu meletakkannya di dalam ambulans

Dia tidak menangis tetapi bagaikan keliru dan tidak sedar bahawa terdapat luka terbuka pada dahinya dengan darah mengalir hingga ke dagu.

LIHAT VIDEO DI BAWAH:

Omran diselamatkan bersama-sama tiga adik-beradiknya, berumur setahun, enam tahun, dan 11, dan juga bersama ibu dan bapanya, daripada runtuhan bangunan apartmen yang musnah. Tiada kecederaan serius dilaporkan, tetapi bangunan itu runtuh tidak lama selepas keluarga itu diselamatkan.

Insiden ini mengingatkan kembali kepada kes menyayat hati Aylan Kurdi yang ditemui mati lemas di tepi pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015

Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa yang berusia 3 tahun dari bandar Kurdish-Syrian itu dipercayai antara 12 pelarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam.

Manakala, jenazah abangnya yang berusia 5 tahun juga dilapor ditemui tidak jauh dari lokasi Aylan ditemui.

Image via rediff.com

Sekarang ini ramai tertanya-tanya, kenapa dunia tidak mengambil peduli tentang serangan di Aleppo?


Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: