seismik

"Obes & Gemuk Ni Tak Awesome" - Pemuda Hargai Isteri Kekal Bersama Sejak Beratnya 200kg

Perubahan yang bagus untuk dia.

Cover image via @RifdiAmri (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pastikan mengimpikan tubuh badan yang cantik dan sihat

Sebenarnya ia mudah sahaja untuk dijaga, yang paling penting kena jaga pemakanan kita dan kekal aktif. 

Namun, bukan semua orang ada rasa 'rajin' untuk melakukan itu, tambahan pula makanan di Malaysia ini semua sedap-sedap belaka. 

Bagi mereka yang obes dan badan berisi pula, sudah tentunya mendapatkan bentuk badan yang kurus dan sihat menjadi keutamaan. Tetapi, semua ini perlu dilakukan dengan penuh kesabaran dan menjaga pemakanan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Seperti seorang pemuda ini yang berjaya menurunkan berat badan secara mendadak telah mendapat perhatian.

Image via @RifdiAmri (X)

Hargai isteri yang sanggup menerimanya daripada berat badan 200kg sehingga turun mendadak

Menerusi hantaran di akaun X @RifdiAmri, kelihatan pemuda yang dikenali sebagai Daddi itu bekongsi gambarnya sebelum dan selepas penurunan berat badan.

Dalam gambar tersebut, dia menunjukkan gambar sewaktu beratnya mencecah 200kg. Namun, hasil usahanya, kini dia telah berjaya menurunkan berat badan.

Difahamkan, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya.

Malah, dia juga berterima kasih kepada isterinya yang setia kekal bersamanya sehingga sekarang.

"Dia terima aku disaat berat aku hampir mencecah 200kg saat aku berada pada titik terendah dalam hidup aku, dia always ada dengan aku bagi semangat and now I’m giving her the best version of myself.

"Kepada mereka diluar sana yang macam aku, tolong jangan give up please," ujarnya.

Image via @RifdiAmri (X)

Lihat hantaran itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: