seismik

"Nyawa Hujung Tanduk" - Buaya Liar Laju Kejar Bot Fiber Yang Lalu Ini Buat Netizen Cuak

Kalau jatuh mungkin dah Inalillah.

Cover image via @bos.tambak96 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kerja sebagai seorang nelayan memang banyak cabarannya, tidak mudah untuk mencari rezeki tanpa halangan

Mereka perlu ke tasik atau laut untuk mencari ikan, udang dan pelbagai makanan laut untuk dijual. Namun begitu, kehidupan seharian mereka juga diancam dengan pelbagai cabaran seperti ancaman haiwan liar. 

Baru-baru ini, tular di TikTok tentang sebuah video yang memaparkan seekor buaya liar mengejar bot fiber telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lalu sebelah haiwan liar, tak sangka buaya itu kejar dengan laju

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang nelayan sedang berada di atas bot untuk mencari rezeki di tasik. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka mendapati seekor buaya berada di sebelah bot. Sebaik saja bot fiber mereka lalu, buaya itu dilihat mengejar laju ke arah bot fiber seperti ingin mencari mangsa. 

Lebih takut lagi adalah apabila salah seorang nelayan dilihat tidur lena di depan bot sehingga tidak sedarkan diri. Perkara itu membuatkan semua cemas kalau dia terjatuh dalam tasik.

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@bos.tambak96

ku pikir sendiri , ternyata bawa kawan , #fyp #xyzbca #crocodile

suara asli - SZ.Bowo - bowovler

"Tak boleh bayang kalau jatuh dalam air macam mana" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 25M tontonan, 2M tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut risau. Malah, ramai juga yang sempat berseloroh dan bergurau senda. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lah, ramai pula yang tahu isi hati buaya tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: