seismik

Nyanyi 'Tanggal 31' Bersama Dalam MRT, Semangat Patriotik Orang Awam Ini Dapat Pujian

Semua sporting habis!

Cover image via @deleosem (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila tiba saja Hari Kebangsaan, keharmonian antara masyarakat dilihat lebih terserlah

Sebagai rakyat Malaysia kita semua sedia maklum bahawa antara perkara yang boleh menyatukan kita adalah makanan. Namun begitu, bukan itu sahaja perkara yang membawa perpaduan antara rakyat Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang telah tular di TikTok memaparkan sekumpulan orang awam yang sedang menaiki MRT pada Hari Kebangsaan.

Lihat video tersebut di bawah:

@deleosem was in an MRT today..suddenly this group of lovely people sing a merdeka song...surprisingly their voice were so harmony jdi, as a sabahan yg suka mnyanyi, siaa pun mau join jga laa #merdeka #malaysian #31ogos #choir original sound - Darrel Noel

Bersama-sama menyanyikan lagu 'Tanggal 31'

Menerusi video yang dimuat nmaik oleh @deleosem, sekumpulan orang awam dapat dilihat bersama-sama menyanyikan lagu 'Tanggal 31' di dalam MRT.

Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, jiwa sebagai rakyat Malaysia sudah cukup untuk membuatkan mereka bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sempena Hari Kebangsaan.

"Comelnya rakyat Malaysia" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 319.7M views, 37.8K likes dan 1.8K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan pujian terhadap orang awam yang bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaiklah, selamat menyambut Hari Kebangsaan semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: