seismik

7 Kenyataan 'Janji Dicapati' Nur Jazlan Berkenaan 1MDB Sebelum Rombakan Kabinet

Jom kita lihat kenyataan Nur Jazlan sebelum dan selepas rombakan kabinet.

Cover image via SAYS.com

Sebelum rombakan kabinet...

1. "Rakyat berhak mengetahui aktiviti perbelanjaan kerajaan kerana peruntukan itu adalah hasil pembayaran cukai mereka."

Nur Jazlan bersama Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Image via www.thestar.com.my

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah berselindung dalam mendedahkan hasil siasatan semua aktiviti perbelanjaan kementerian dan agensi kerajaan menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata rakyat berhak mengetahui aktiviti perbelanjaan kerajaan kerana peruntukan itu adalah hasil pembayaran cukai mereka.

"Sebagai pembayar cukai, mereka (rakyat) berhak tahu bagaimana kerajaan membelanjakan wang mereka itu untuk pembangunan negara dan kepentingan rakyat."

"Oleh itu, sekiranya siasatan mendapati mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan membuat perbelanjaan yang meragukan, kami tetap akan panggil mereka untuk buat penjelasan dan mendedahkannya kepada rakyat hasil siasatan itu," katanya.

bharian.com.my

2. "PAC komited menjalankan tanggungjawab dengan memanggil ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas CEO serta pengarah dan bekas pengarah 1MDB untuk hadir bagi memberi keterangan."

“Kerja PAC dan pasukan khas tidak bertindih kerana kedua-dua pihak menyiasat perkara berbeza dengan kita melihat urus tadbir, manakala pasukan khas berkaitan jejak wang yang berkisar urusan akaun berkaitan 1MDB."

“PAC juga masih dalam peringkat awal siasatan,” katanya di­temui selepas Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai pada 12 Julai lalu.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, PAC komited untuk menjalankan siasatan tersebut dan akan memanggil Ketua pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO serta pe­ngarah dan bekas pengarah 1MDB untuk hadir ke PAC bagi memberi keterangan.

Langkah itu, katanya, bagi membolehkan PAC mendapat gambaran lebih lanjut tentang urus tadbir 1MDB.

utusan.com.my

3. "PAC meminta 1MDB menyerahkan semua dokumen penting kepada Jabatan Audit Negara. Tolong beri kerjasama. Sekiranya 1MDB gagal, kita menyerahkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut."

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendesak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyerahkan beberapa dokumen termasuk penyata bank kepada Jabatan Audit Negara bagi membantu siasatan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dokumen itu penting bagi memuktamadkan laporan Jabatan Audit Negara.

"PAC meminta 1MDB menyerahkan semua dokumen penting itu kepada Jabatan Audit Negara. Tolong beri kerjasama dan beri segala dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Audit Negara bagi memuktamadkan laporan. Sekiranya 1MDB tidak memberikan kerjasama, kita menyerahkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut," katanya.

Nur Jazlan berkata, secara keseluruhannya PAC berpuas hati dengan hasil kerja Jabatan Audit terhadap laporan itu bagaimanapun masih menunggu beberapa dokumen penting bagi melengkapkan laporan penuh siasatan yang dijangka siap hujung tahun ini.

bnbbc.my

4. “Jabatan Audit Negara perlu diberikan ruang secukupnya bagi melaksanakan audit terhadap 1MDB dan ia perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut atau ada campur tangan daripada mana-mana pihak."

Orang ramai terutama ahli politik digesa menghentikan kritikan mengenai cara Jabatan Audit Negara ‎melakukan siasatan audit terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, ‎ahli politik perlu menghentikan sebarang konflik dan tidak perlu memberikan cadangan dan pandangan mengenai cara atau kaedah jabatan berkenaan melaksanakan audit.‎

Katanya, adalah lebih baik supaya semua pihak berkepentingan supaya bersabar dan menunggu kesahihan hasil pengauditan daripada Jabatan Audit Negara.‎ Menurutnya, terlalu banyak andaian dan maklumat yang disebarkan mengenai akaun 1MDB di media sosial, portal berita dan blog.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, penting Jabatan Audit Negara menjalankan audit secara tidak tergesa-gesa bagi memastikan setiap sudut dan ruang lingkup akaun, operasi dan pelaburan 1MDB diaudit dengan teliti.

themalaysianinsider.com

5. "Kedudukan Jho Low sebagai penasihat khas disahkan Jabatan Audit Negara. Selepas kita dengar pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk PetroSaudi, kita buat keputusan untuk panggil Jho Low atas kapasitinya itu."

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil ahli perniagaan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho sebagai saksi untuk prosiding siasatan 1MDB.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata keputusan ini dibuat selepas PAC meneliti laporan pelaburan 1MDB melalui laporan awal daripada Jabatan Audit Negara.

Selain Jho Low, beberapa eksekutif syarikat terbabit turut akan dipanggil sebagai saksi antaranya Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Vincent Koh Beng Huat, Penasihat Undang-Undang 1MDB Ivan Cheng, Lembaga Pengarah 1MDB International Holdings Limited Datuk Shahrul Azral Ibrahim Helmi dan Jasme Loo Aiwan dan Pengarah Brazen Sky Azmi Tahir.

astroawani.com

6. "Kita akan berjumpa dengan Ketua Audit Negara bagi membincangkan mengenai skop dan input tambahan yang boleh dikemukakan oleh PAC kepada audit berhubung isu 1MDB ini."

Tan Sri Ambrin Buang ketika mengumumkan Laporan Audit Negara pada Jun 2014.

Image via www.themalaysianinsider.com

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengemukakan input tambahan bagi membantu Jabatan Audit Negara menyiasat berhubung pelbagai dakwaan terhadap akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata input itu akan dikemukannya kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pertemuan bersama PAC.

Input tambahan itu katanya, merangkumi beberapa perkara lain dan berbeza dengan arahan audit kepada akaun 1MDB oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

"Untuk prosiding pendengaran PAC kita harap dapat diadakan secepat mungkin, tapi bagi mereka (Jabatan Audit Negara laksana) audit dulu (dakwaan mengenai 1MDB). Kita tidak mahu bertindih tindakan dalam perkara ini," katanya.

Nur Jazlan juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat dakwaan dan tuduhan melulu terhadap 1MDB selagi laporan lengkap penyiasatan daripada Jabatan Audit Negara dikeluarkan.

bharian.com.my

7. "Bilangan pegawai kerajaan yang lebih sejuta orang menimbulkan masalah untuk menguruskan kewangan dengan baik. Tetapi yang penting matlamat kita untuk mengurangkan jumlah ketirisan, penyalahgunaan kuasa, elemen rasuah dan sebagainya."

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 siri 2 pada 15 Jun lalu menyingkap pelbagai kepincangan yang berlaku dalam jabatan kerajaan, khususnya membabitkan hal pengurusan kewangan.

Ini sekali gus mengundang persoalan dan keraguan orang ramai apabila membincangkan soal integriti jabatan-jabatan terbabit.

Antara yang terkesan dengan situasi ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau yang mula dilantik mengetuai PAC pada tahun 2013, kecewa kerana 'ketirisan' yang berlaku adalah kerana sikap sambil lewa pegawai bertanggungjawab. Beliau memberitahu, kualiti yang ada pada pegawai kerajaan hari ini sebenarnya tidak menepati piawaian yang sepatutnya.

Kurangnya sikap ambil tahu dan pengetahuan tentang tugas yang dipertanggungjawabkan, mewujudkan banyak 'lompong' yang sukar ditampung, sekali gus membawa kepada hasil yang banyak cacat celanya.

"Apa yang berlaku, mereka tidak hirau, tidak baca peraturan kerajaan yang ada sekarang dan dalam banyak kes mereka tidak ikut. Itu yang jadi sekarang. Ini yang menyebabkan kerja PAC dan Jabatan Audit Negara susah," kata Nur Jazlan.

astroawani.com

Selepas rombakan kabinet...

"Saya berjanji untuk membantu Perdana Menteri dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Pada masa sama, saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)."

Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet berkata platform itu akan digunakannya untuk membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Anggota Parlimen Pulai itu mengambil alih jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaan yang diberikan.

"Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Saya juga akan membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri.

"Pada masa sama, saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," katanya dalam kenyataan susulan rombakan itu.

bernama.com

Dengan pelantikan ini, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk berkaitan 1MDB akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baru dilantik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang

Terlepas perkembangan terbaru? Ikuti segalanya DI SINI:

Bila perkara-perkara sebegini berlaku, rakyat Malaysia mula serlahkan kreativiti mereka di laman sosial:

You may be interested in: