seismik

Nora Danish Nekad Jual Semua High Heels, Ingin Hindar Neraka Al-Hutamah

MashaAllah. Semoga Nora terus istiqamah.

Cover image via @noradanish (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, Nora Danish menjual semua koleksi kasut tumit tingginya yang jarang dipakai

Menurut laporan Kosmo!, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Haniff, 43, memberitahu hasil jualan tersebut akan digunakan sebaik-baiknya termasuk bersedekah.

"Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya let go. Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.

"Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat," katanya.

Nekad nak jual barangan peribadi selepas belajar tentang surah al-Humazah di mana golongan melebihkan harta akan turut dimasukkan ke neraka

"Pagi tadi saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.  

"Neraka ketiga kebawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah. Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah," kongsinya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: