seismik

Nokia 3310 ‘Legend’ Ini Kembali Semula! Dah Sedia Main Game Ular Seperti Dulu Kala?

Ingat lagi game 'Ular' yang popular dulu kala?

Cover image via mensxp.com

Berita baik buat semua peminat jenama telefon bimbit Nokia, tidak lama lagi Nokia bakal melancarkan semula model 3310 yang pernah menjadi 'kegilaan' orang ramai satu ketika dulu

Model telefon yang mula dipasarkan pada tahun 2000 itu akan dijual sebagai satu alat telekomunikasi yang mempunyai hayat bateri yang lebih lama, dan sifatnya yang hampir tidak boleh dihancurkan.

Penjelmaan baru model 3310 kali ini akan dijual dengan harga €59 bersamaan RM 277.46 yang mana menjadikannya sebagai telefon kedua terbaik yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Ia akan dilancarkan pada Mobile World Congress (MWC) akhir bulan ini, menurut laporan portal media luar negara venturebeat.com.

Pelanggan boleh membeli telefon bimbit ini di Amazon, tetapi dengan hanya melalui marketplace dan bukan secara langsung daripada syarikat itu sendiri

Image via www.mensxp.com

Di Amazon, ciri-ciri telefon bimbit ini disenaraikan secara penuh dan terperinci. Ia mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik dan keperluan asas seperti jam, kalkulator, keupayaan untuk menyimpan sehingga sepuluh peringatan serta mempunyai 4 jenis permainan iaitu Snake II, Pairs II, Space Impact, dan Bantumi.

Boleh dikatakan permainan Ular yang mula dikenali melalui telefon bimbit model 3310 itu mendapat perhatian ramai hinggakan kini boleh didapati untuk pengguna iPhone, Android dan telefon Windows yang boleh dimuat turun.

Nokia 3310 boleh digambarkan sebagai telefon bimbit yang paling berdaya tahan dan tahan lama yang pernah dicipta

Nokia telah berjuang untuk membawa jenamanya ke era telefon pintar, namun akhirnya ia dijual kepada Microsoft. Sejak itu mereka lebih mensasarkan dengan mewujudkan versi baru telefon lama, termasuk Nokia 215 yang berharga $29 (RM128.94) yang mampu bertahan selama 29 hari tanpa kehabisan bateri.

Nokia yang kini di bawah naungan HMD Global ini akan mendedahkan model telefon bimbit baru yang lain seperti Nokia 3, 5 dan 6 pada acara MWC yang sama.

Sumber: INDEPENDENT.

Jadi bagaimana, sudah bersedia mendapatkannya?

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Model baru Nokia ini pun boleh tahan juga!

You may be interested in: