seismik

[VIDEO] "Pedas!" - Lihat Reaksi Bila 'New Yorkers' Cuba Makan Maggi Kari Malaysia. Lawak!

YouTuber dari Amerika Syarikat dengan nama Xiaoma telah melakukan cabaran merasa mi Maggi perisa kari di tengah-tengah kesesakan bandar New York.

Cover image via YouTube Xiaomanyc 小马在纽约

Bila cakap je pasal mi segera, pasti Maggi yang pertama akan terlintas dalam fikiran masing-masing

Mi Maggi adalah antara makanan yang sangat mudah untuk disediakan. Yang bestnya, di Malaysia ini, mi Maggi boleh dimakan pada bila-bila masa kerana penyediaannya yang ringkas dan kos yang lebih murah. Sebab itu makanan ini sentiasa menjadi pilihan semua!

Kemudian dalam dalam banyak-banyak perisa, Maggi perisa kari merupakan jenis mi segera yang sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana rasanya yang berasaskan kari sangat digemari oleh pelbagai golongan tidak kira dari kanak-kanak hingga ke golongan dewasa malah semua bangsa pun menyukainya.

Baru-baru ini, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat telah melakukan cabaran merasa mi Maggi perisa kari di tengah-tengah kesesakan bandar New York

Semuanya bermula apabila YouTuber dengan nama akaunnya Xiaomanyc itu telah menemui dua orang rakyat Malaysia di Chinatown yang tidak teragak-agak untuk mencadangkan mi Maggi kari kepadanya. 

Seperti yang dijangka, kebanyakan warga New York yang merasa mi segera yang dimasak oleh Xiaoma pada ketika itu berasa begitu berpuas hati dengan hidangan tersebut. Siap ada yang mahu membawa pulang ke rumah. Antara komen yang diberikan warga New Yorkers:

“Saya mahu mengambilnya semua untuk saya”

“Saya suka kuahnya, tiada sos pedas yang terdapat di sini dapat melawan rasanya”

“Rasanya sangat sedap, saya biasanya letakkan sos pada mi, dan sekarang tidak perlu lagi”

Daripada 11 orang yang ditemubual oleh Xiaoma, terdapat 3 orang yang menyatakan bahawa mi segera keluaran Malaysia tersebut terlalu pedas untuk mereka

Hal ini mungkin kerana mi segera ini lebih sesuai dengan citar asa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas, tidak seperti orang barat yang tidak sukakan rasa pedas dalam makanan mereka.

Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka benar-benar sukakannya malah ada juga yang memberi cadangan untuk menambah beberapa jenis lauk seperti udang bagi menambah perisa pada mi segera yang kosong itu.

Menurut Xiaoma, siap ada yang 'PM tepi' menerusi akaun Instagram dia lagi yang bertanya di mana untuk mendapatkan mi segera tersebut di kawasan New York!

Lihat video penuh di bawah:

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Xiaoma melakukan temubual sebegini. Bahkan sebelum ini dia pernah melakukan cabaran makanan yang lain dari Malaysia seperti Milo, kopi putih Ipoh serta Bakwa.

Lihat video-video sebelumnya di bawah:

Lepas tengok video itu, terus terliur rasa nak makan mi Maggi kari.

Sedap ni kalau letak telur dalam tu!

Image via The Mag Zone

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik untuk dibaca!

You may be interested in: