seismik

“Lepas Ni Berita Maid Keluar Buang Sampah” - Netizen Troll Berita Izzah Keluar Rumah Anwar

Kreatif betul lah rakyat Malaysia ni!

Cover image via The Sun Daily & The Straits Times

Beberapa hari ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pergolakan dalam kalangan parti serta pemimpin politik tanah air

Susulan daripada kekalutan yang berlaku itu, rakyat Malaysia juga menerima berita yang boleh dianggap sungguh di luar jangkaan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pengerusi kepada parti yang ditubuhkannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam suasana politik yang 'huru-hara' itu, pastilah wakil media tidak ketinggalan untuk berada di setiap tempat yang mampu memberikan mereka berita panas seperti di kediaman beberapa menteri utama, Istana Negara, persekitaran pejabat menteri dan lain-lain.

Bagi pengamal media, setiap apa yang berlaku di hadapan mereka itu mampu menjadi berita meskipun ia dianggap 'kecil' dalam kalangan netizen.

Begitu jugalah dengan berita yang cuba disampaikan wartawan dari sebuah stesen televisyen di mana dia ditugaskan untuk membuat laporan di hadapan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam

Bagi memastikan netizen sentiasa mendapat update terkini tentang suasana yang berlaku di hadapan kediaman pemimpin tersebut, wartawan dari saluran berita Astro Awani ini dilihat giat memberikan setiap perkembangan terbaru di portal dan media sosial mereka.

Namun apa yang menariknya, sebuah berita yang dimuat naik oleh saluran media tersebut telah mendapat perhatian netizen khususnya di Twitter.


Berita yang dimaksudkan itu bertajuk 'Nurul Izzah dilihat keluar dari rumah Anwar' yang telah disiarkan pagi semalam

Menerusi laporan serta Tweet dimuat naik oleh pemberita Astro Awani itu, dia melaporkan bahawa Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar dilihat keluar daripada kediaman pemimpin itu sekitar jam 10:50 pagi (semalam).

Namun apa yang mencuit hati, laporan 'ringkas' itu telah mendapat perhatian netizen sehingga beberapa komen lucu turut dikeluarkan mereka.

Umum mungkin sudah mengetahui bahawa Nurul Izzah merupakan anak kepada Anwar dan pasangannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan netizen itu, sila teruskan membaca di bawah:

Walau apa pun, tahniah dan terima kasih buat semua pengamal media yang sentiasa berusaha memberikan perkembangan terkini suasana politik tanah air.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: