seismik

Netizen Sokong Pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022

Hal ini mungkin disokong oleh pertambahan masalah kesihatan dalam kalangan perokok dan pengguna rokok elektronik.

Cover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baru-baru ini sebuah soal selidik telah dijalankan secara dalam talian bagi melihat reaksi rakyat Malaysia mengenai pelaksanaan Generational Endgame (GEG) & Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Pelbagai reaksi telah diterima melalui soal selidik yang dijalankan, namun kebanyakan netizen memberikan reaksi positif terhadap isu ini.

Ramai yang belum tahu apa itu GEG?

Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap pelaksanaan GEG namun, berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan sehingga 27 Julai 2022, sebanyak 50.2% responden tidak mengetahui bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha untuk melaksanakan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Walaupun begitu, 60.7% responden bersetuju bahawa pelaksanaan GEG dan RUU tidak menghalang hak dan kebebasan mereka.

Hal ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menjelaskan kepada netizen tentang kepentingan dan tujuan utama pelaksanaan GEG iaitu menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi muda.

GEG & RUU dapat mengawal lambakan produk tembakau dan rokok elektronik

Image via Punk Juice

Tujuan utama RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 adalah untuk mengawal penggunaan kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik (vape), cerut, shisha dan lain-lain.

Ini termasuklah melarang pengiklanan sebarang produk rokok elektronik (vape) melalui platform media massa, media cetak dan media sosial sebagaimana kawalan sedia ada terhadap pengiklanan hasil tembakau.

Netizen setuju pelaksanaan GEG & RUU!

Image via KidCheck

Apa yang boleh admin konklusikan, walaupun masih ramai yang 'blur-blur' mengenai pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ia tidak menghalang 81.6% responden lain untuk bersetuju GEG dan RUU dilaksanakan.

Hal ini mungkin disokong oleh pertambahan masalah kesihatan dalam kalangan perokok dan pengguna rokok elektronik seperti penyakit E-Cigarette or Vaping Products Use-Associated Lung Injury (EVALI) kerana berdasarkan hasil soal selidik, 60.3% responden tahu apa itu penyakit EVALI dan kesannya terhadap kesihatan.

Jadi, anda yang masih tak tahu mengenai usaha NGO dan KKM untuk menggesa tindakan yang sewajarnya diambil bagi menurunkan kadar jumlah perokok kepada 5%. Anda boleh klik artikel ini dan jawab soal selidik di bawah kerana hasil soal selidik anda mungkin dibentangkan di Parlimen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: