seismik

Netizen Kumpul Duit 15K 'Taja' Anti-Vaksin Konon Rela Diri Masuk Wad Covid-19 Tanpa PPE

Alahai...

Cover image via siakapkeli

Wabak Covid-19 telah menular ke serata dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang vaksin mahupun ubat-ubatan khusus yang mampu merawatnya

Image via The Star

Ketika ini, para saintis dan pakar sedang bertungkus-lumus untuk mencari vaksin yang sesuai bagi mengubati wabak tersebut yang sudah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

Umum pasti sudah mengetahui bahawa wabak Coronavirus Covid-19 sangat mudah untuk dijangkiti sesama manusia. Justeru itu, penjagaan serta perlindungan diri yang sempurna perlu dilakukan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa wabak tersebut.

Disebabkan itu jugalah kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh Malaysia ketika ini.

Malah kerajaan juga kerap kali mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk menjaga penjarakan sosial bagi memastikan seseorang individu tidak mudah terdedah untuk dijangkiti wabak yang merbahaya ini.

Namun begitu, di media sosial semalam kecoh apabila seorang anti vaksin mencabar dirinya untuk masuk ke dalam wad Covid-19 tanpa mengenakan PPE

Perkara itu mula tercetus apabila seorang doktor terkenal mencabar golongan antivaksin untuk bersama-sama bertarung memerangi wabak ini.

Image via Facebook

Status itu telah menarik perhatian seorang anti-vaksin yang kemudiannya berani menyahut cabaran doktor tersebut selepas dipercayai tidak berpuas hati apabila dia dilabelkan sebagai seorang pengecut.

Susulan itu, individu yang merupakan dari golongan anti-vaksin ini meminta doktor tersebut untuk menguruskan mana-mana wad Covid-19 untuk dirinya masuk. Bukan itu sahaja, individu ini juga berkata dia akan masuk ke dalam wad tersebut tanya sebarang PPE dan juga topeng muka.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut berkata dia rela mengambil cuti selama sebulan tanpa gaji namun harus dibayar pampasan sebanyak RM15K.

Image via Facebook

Perkara itu telah menarik perhatian netizen di Twitter yang kemudiannya menyatakan kesediaan mereka untuk 'mengumpul dana' dan 'menaja' individu anti-vaksin tersebut masuk ke dalam wad Covid-19

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Apa-apa pun ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: