Nampak Orang Suka Cop Parking? Ikuti Langkah & Cara Untuk Buat Aduan Ini
Jangan terus viralkan, ikuti sahaja cara buat aduan ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang pernah ada pengalaman berhadapan dengan orang yang suka cop parking bukan?
Tengah pusing-pusing cari parking, tapi bila dah jumpa ada pula orang datang berdiri, duduk atau apa-apa sahaja di tempat tersebut untuk cop parking.
Tidak dinafikan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi boleh berlaku di negara lain juga. Namun, tahukah anda tindakan tersebut adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain serta membahayakan keselamatan diri sendiri.
Boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan
Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian "Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang" menyatakan seperti berikut:
"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan."
Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.
Apa nak buat kalau nampak orang cop parking?
Daripada anda mengambil gambar atau video orang itu dan kemudian pergi viral kan, lebih anda membuat aduan dengan cara yang betul.
Anda boleh emelkan ke [email protected] !
Sertakan juga butiran pengadu (nombor kad pengenalan), lokasi, tarikh dan masa, nombor plat kenderaan, butiran kejadian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!