seismik

Nak Lepas Rindu, Wanita Minta Netizen Edit Gambar Arwah Anak Ini Buat Ramai Sebak

Allahu, sedihnya.

Cover image via Edit Apa Hari Ni ? (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jodoh, ajal dan maut merupakan rahsia Tuhan yang kita semua tidak tahu

Ibu mana yang tidak luluh menghadapi pengalaman kehilangan anak kesayangan buat selamanya. Bagi ibu ayah, memang susah dan mengambil masa yang lama untuk meratapi kesedihan itu. Memang tak mudah. 

Sama seperti posting yang baru-baru ini di Facebook apabila seorang ibu meminta netizen untuk menyunting gambar arwah anaknya telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Meninggal pada usia 2 tahun, ibu minta netizen edit arwah anak yang berumur 13 tahun sekarang

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita memuat naik gambar arwah anaknya yang berusia 2 tahun 7 bulan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia meminta netizen menyunting gambar arwah anaknya yang masuk umur 13 tahun pada tahun ini. Difahamkan, anaknya meninggal kerana menghidap kanser.

"Saya redha, cuma saya rindu", tulisnya.

Lihat gambar suntingan netizen itu di bawah:

"Mengalir air mata saya atas permintaan akak ni, comel anak syurga ni kan" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 8.5K tanda suka, 610 komen dan 182 perkongsian di Facebook, rata-rata netizen turut bersimpati dengan situasi wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Rajin netizen tolong editkan gambar arwah anak dia. Semoga terus tabah dan kuat :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: