seismik

Nak Join Tengok Perarakan Merdeka? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu & Bawa Masa Menonton

Selamat menonton!

Cover image via Bernama & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan antara sambutan yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia

Setiap tahun, sambutan Hari Kebangsaan akan disambut dengan meriah menandakan semangat dan cinta kita kepada negara.

Antara yang paling dinantikan semestinya perarakan daripada pelbagai kontinjen yang terlibat demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Selain itu, terdapat juga persembahan muzikal dan pertunjukkan khas di udara.Untuk edisi kali ini, Dataran Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan yang bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Bagi yang merancang untuk menonton, kami ingin memberikan sedikit tips sebelum anda hadir perarakan kemerdekaan ini.

1. Datang awal untuk dapat tempat yang cun

Image via Kosmo

Difahamkan, acara akan bermula daripada pada pukul 7 pagi hingga 2 petang. Jadi, untuk mendapatkan tempat yang baik dan view yang cun, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal supaya dapat tempat duduk depan.

2. Bawa air atau makanan ringan

Image via Harian Metro

Walaupun, akan ada jualan di kawasan dataran. Namun, ia agak jauh daripada tempat perarakan berkenaan. Sebaiknya, anda membawa sendiri bekalan makanan ringan dan air bago mengelakkan tempat duduk anda diambil.

3. Bawa kipas atau pakai topi

Image via Harian Metro

Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia memang agak panas. Ditambah pula, perarakan yang akan berlangsung sehingga waktu tengah hari. Tempat duduk pula jenis terbuka, jadi adalah bagus jika anda membawa kipas sendiri atau memakai topi untuk elak panas.

4. Bawa power bank

Image via Daily Sabah

Dalam pada kita sibuk merakam dan mengambil gambar, sudah pastinya bateri telefon akan cepat mengalir dan habis. Jadi, jangan lupa siapkan power bank anda agar tidak terlepas peluang untuk rakam momen menarik semasa perarakan nanti.

5. Pantau pergerakan ahli keluarga dan rakan

Image via Harian Metro

Perkara ini adalah paling penting, kadang kala sukar untuk mendapat signal telekomunikasi. Oleh itu, sebagai keselamatan pastikan anda dan ahli keluarga sentiasa berada dekat, tambahan lagi bagi anda yang ada anak kecil. Sentiasa awasi mereka tau!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 dan Hari Malaysia 2024!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: