Nahas UPSI: Kronologi Kes Kemalangan Bas Dinaiki Oleh Mangsa & 15 Pelajar Yang Maut
Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Jeli, Gerik, Perak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 15 orang disahkan maut dalam kemalangan tragis apabila sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, tengah malam tadi
Menurut laporan Harian Metro, insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.
Sebaik saja tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati bas yang membawa pelajar UPSI itu terbalik setelah bertembung dengan Perodua Alza.
Kronologi kemalangan bas UPSI dan Perodua Alza
Difahamkan, bas berkenaan membawa pelajar UPSI dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus mereka di Tanjong Malim selepas pulang dari bercuti.
Kedua-dua kenderaan dikatakan bertembung sehingga mengakibatkan bas terbalik dan Alza terbabas ke dalam parit.
Seramai 48 orang jumlah mangsa dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut. Melalui laporan pihak bomba, terdapat mangsa yang berjaya keluar sendiri manakala beberapa yang lainnya tercampak dari bas dan juga terperangkap di dalam kenderaan terbabit.
Berikut di bawah adalah senarai nama pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas kemalangan:
Kami di SAYS Seismik mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan semoga diberikan ketabahan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!