seismik

Tahu Tak Anda Boleh Memperbaharui Kad Pengenalan 'MyKad' Secara Online? Mudah & Cepat!

Semuanya di hujung jari.

Cover image via Facebook Jabatan Pendaftaran Negara

Sekarang ini zaman IT, semuanya di hujung jari

Pada masa ini, aktiviti-aktiviti harian tidak lagi banyak menggunakan tenaga manusia. Sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi yang serba canggih dan moden.

Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan. 

Terdahulu kita sudah dimaklumkan bahawa pasport boleh diperbaharui secara online.

Kini, kad pengenalan atau MyKad juga boleh diperbaharui secara atas talian!

Jabatan Pendaftaran Malaysia telah memperkenalkan satu platform yang menawarkan satu perkhidmatan yang ternyata mampu memudahkan dan menjimatkan masa anda.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via My Name Is Ham

Melalui Sistem Gantian MyKad Online ini, anda boleh menggantikan kad pengenalan yang telah rosak, melakukan gantian kepada cip kad pengenalan yang rosak, menaiktaraf cip kad pengenalan dari 32K/64K kepada 80K dan juga membuat kad pengenalan baru kepada yang kehilangannya buat pertama kali.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Denai Hati

Dikhabarkan mulai tahun depan, menerusi platform ini juga anda boleh mendaftar kelahiran, kad pengenalan serta perkahwinan buat yang bukan Islam.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil dokumen yang telah siap.

Mudah, bukan?

Tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter, semuanya di hujung jari!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan sembarangan bagi IC pada orang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: