seismik

Muzik Video 'Tolonglah' Kini Trending Nombor 1 Di YouTube. Wow Hebatnya Cik B!

Meremang bulu roma tengok full video. Terbaiklah Cik B!

Cover image via @cikb_havoc66 (Instagram)

Muzik video single pertama Cik B berjudul Tolonglah yang dilancarkan pada 1 Disember lalu telah berjaya menjadi lagu trending nombor satu di YouTube dalam masa sehari

Menurut sumber, lagu 'Tolonglah' itu adalah seratus peratus hasil ciptaan sendiri dan lirik sepenuhnya oleh Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida (DSV).

Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edylynn Zamileen Muhammad Amin sememangnya popular dalam kalangan netizen kerana dia merupakan anak kepada jutawan kosmetik, DSV.

Malah, dia semakin dikenali ramai sejak dia memulakan perniagaan makanan sendiri yang diberi nama @cikb_bobalova yang menjual pelbagai minuman boba dan salmon crumbso corndog.

Cik B kemudian cuba mengembangkan bakatnya dengan menerima tawaran berlakon dalam drama siri di TV3 bertajuk Lelaki Lingkungan Cinta bersama artis popular lain seperti Naim Daniel, Ismail Izzani dan Shasha Abedul.

Ketika artikel ini ditulis, muzik video 'Tolonglah' kini meraih 753,016 tontonan di channel YouTube Seventeen Eleven Music

Berita gembira itu turut dikongsi melalui video yang dimuat naik DSV di akaun Instagram milik peribadinya pagi tadi.

"Anak mama yang hebat. Cik B trending nombor satu dalam masa 24 jam," katanya.

"Terima kasih semua yang mainkan lagu Cik B, selalu stream lagu Cik B, dan menonton dan like. Terima kasih banyak-banyak dan yang komen tu terima kasih support Cik B sampai trending number one dalam masa satu hari," kata Cik B.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Cik B mendapat banyak sokongan padu daripada netizen dan rata-rata mereka memuji lagu 'Tolonglah' adalah karya yang sangat bagus

Hasil tinjauan di ruangan komen muzik video itu yang sehingga kini mencecah lebih 6,600 komen daripada netizen, Cik B dipuji kerana berbakat dalam nyanyian, rap dan mampu mencipta lagu sendiri di usia 15 tahun.

Mereka juga dapat merasakan lagu itu adalah berkisahkan tentang hidupnya sendiri kerana ada sesetengah babak dalam muzik video tersebut dapat dikaitkan dengan tragedi yang menimpa keluarganya satu ketika dulu.

Antara komen menarik daripada netizen di YouTube:

Tahniah Cik B! Korang dah tengok ke MV 'Tolonglah' ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: