seismik

Banding Kejayaan & Dakwa Tak Perlu Ilmu Untuk Berjaya, Gadis Ini Dikecam Warganet

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin ya.

Cover image via @paahcantekk (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

lmu adalah perkara yang wajib dan penting untuk dipelajari oleh setiap orang

Ilmu ini tidak semestinya harus mengenai pelajaran semata-mata. Tetapi ilmu mengenai adab dan akhlak juga termasuk di dalam ilmu yang perlu dipelajari.

Saban hari, makin kerap kenyataan mengenai pelajar kelas belakang masih boleh berjaya walaupun tidak mempunyai ilmu tinggi. Malah, ada yang mendakwa tidak perlu belajar tinggi-tinggi juga boleh hidup mewah.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang gadis mengeluarkan kenyataan membandingkan kejayaan pelajar kelas hadapan dan kelas belakang telah mendapat kecaman ramai.

Lihat video itu di bawah:

Perli murid harapan guru dah jadi CEO ke belum

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia memuat naik sebuah video dan dilihat posing di hadapan sebuah kereta mewah.

Di ruangan video, dia menulis seorang guru pernah berkata dia tiada masa depan. Ekoran itu, dia dilihat posing di sebuah kereta mewah dan berkata "Apa khabar murid target? Dah jadi CEO?".

Kenyataannya itu membuatkan warganet berasa tidak senang. Hal ini kerana, memiliki ilmu tiada kaitan dengan murid target ataupun tidak. Disebabkan itu, ramai warganet memerlinya semula dan ada yang membuat video kupasan mengenai kenyataan gadis itu.

Lihat video itu di bawah:

@bospami Ikut riset, mostly jutawan seluruh dunia ni org yg educated. Yg kurang ilmu je terfikir buat Cheap Marketing mcm engko #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok original sound - Bos Pami | WowHebatSekali

"Alhamdulillah, khabar baik. Tak jadi CEO tapi jiwa tenang dan rezeki serba serbi cukup tanpa ada hutang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 798.8K views, 35.7K likes dan 4,757 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membidas kenyataan gadis itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ilmu itu penting. Nak goreng telur sebiji pun perlukan ilmu. Tak ada ilmu hanguslah telur tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: