seismik

Meniaga Roti Lebih 30 Tahun, Uncle Roti 'Legend' Di Penang Dikurnia Sebuah Mural Gergasi

Uncle Muniandi memang legend!

Cover image via Acit Raman Abdullah | Andhar A. Samah

Seorang 'Uncle Roti' popular di Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini telah dikurniakan dengan sebuah mural gergasi yang menampilkan beliau

Pada 21 Julai 2019 lalu, seorang artis grafiti tempatan, Acit Raman Abdullah menerusi Facebook telah bercerita mengenai perbualannya bersama 'uncle roti' ini, Muniandi yang menyentuh hati.

Acit Raman menulis, "Muniandi ni memang legend kat Balik Pulau. Sapa-sapa pon mesti kenai dia. Tak kira la apa jenis kaum hang pon."

Perkongsiannya itu telah tular sehingga mendapat lebih 2,100 shares ketika artikel ini ditulis.

Uncle Muniandi telah menjual roti kaya kegemaran orang ramai sejak lebih 30 tahun lalu, bahkan telah membesarkan seorang doktor, peguam dan jurutera kimia tidak lama lagi!

"Apa yang aku kagum pasai uncle ni pasal pengorbanan dia pada keluarga dia. Anak-anak dia berjaya jadi doktor, peguam dan sorang lagi tengah belajaq lagi kalau tak salah aku dia amik chemical engineering ka apa. Gila weh salut.

"Boleh diangkat salah satu icon merdeka atau hari malaysia lah tahun ni," tulis Acit lagi.

Mural gergasi ini dilukis oleh seorang artis tempatan, Andhar A. Samah sempena 'Festival Kesenian Balik Pulau 2019'

Mural Uncle Muniandi adalah salah satu daripada empat yang dijayakan oleh Balai Seni Negara dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian sempena festival yang berlangsung dari hari Jumaat, 19 Julai hingga Ahad, 21 Julai yang lalu.

Festival ini juga merupakan inisiatif untuk mempromosikan Biennale Kuala Lumpur 2020.

Nak ambil gambar dengan mural Uncle Muniandi? Mural ini terletak di tempat letak kereta di seberang SJK (C) Sacred Heart di Balik Pulau, Pulau Pinang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: