seismik

"Mulanya Hobi, Sekarang Jadi Side Income" - Wanita Ini Pakar Buat 3D Jelly Cake Yang Lawa!

Sayangnya nak makan!

Cover image via Nazlina Ab Ghani/Facebook

Setiap orang mempunyai bakat terpendam yang mungkin mereka sendiri tidak tahu

Image via Tenor

Setiap manusia dilahirkan dengan kemampuan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Sebab itulah jangan sesekali anda membanding-bandingkan nasib dan rezeki setiap orang. Ada yang naik dengan cepat, ada yang naik dengan perlahan, ada juga yang masih mengayuh. Tapi percayalah setiap orang akan berada di puncak seperti mana yang mereka inginkan.

Paling penting, usaha yang tidak pernah putus.

Tapi bila bercakap tentang 'bakat terpendam' pula, memang tidak disangka-sangka. Ingatkan tak pandai, tapi sebenarnya belum pernah buat, belum tahulah bagaimana hasilnya. Bukan?

Image via Dev.to

Seperti temu bual team SAYS Seismik dengan seorang wanita dikenali sebagai Nazlina Ab Ghani yang merupakan seorang pembuat 3D Jelly Cake yang kini sering dikongsikan di laman Facebook.

Memang sungguh menarik! Setiap kek tempahan yang diterima akan mendapat sambutan yang luar biasa dan pastinya dipuji dengan hasil 3D Jelly Cake yang begitu unik sehinggakan ada yang sayang nak sentuh dan makan.

Baca temu bual penuh di bawah:

Nazlina (kiri)

Image via Nazlina Ab Ghani/Facebook

Nazlina sudah mula membuat 3D Jelly Cake ini pada bulan Jun tahun ini, 2019

Menurut kenyataan Nazlina sendiri, dia sudah mula menyukai kecantikan yang ada pada 3D Jelly Cake ini sejak dahulu lagi. Namun, dia sendiri tidak menyangka bahawa dirinya akan berkecimpung dalam bidang pembuatan kek ini. Minatnya itu kini telah berjaya dijadikan sebagai hobi dan cara terbaik untuk dia mendapatkan pendapatan sampingan.

"Mula-mula masa tengah berjalan di pusat membeli-belah, saya ternampak bahan-bahan yang digunakan untuk membuat 3D Jelly Cake ini. Lalu saya terus beli dan rasa ingin belajar cara-cara dan tips untuk membuatnya kek ini di laman YouTube.

"Saya tengok video di YouTube dalam masa 2 bulan dan terus praktis untuk buat kek ini tanpa menyerah kalah walaupun beberapa kali jugalah saya cuba buat tapi tidak menjadi seperti yang diinginkan," katanya.

Namun begitu, usahanya tidak terhenti di situ sahaja, dia membuat keputusan untuk mengambil kelas profesional untuk mahir dalam pembuatan kek ini pada bulan Ogos 2019. Kelas tersebut perlu dihadiri selama 4 jam.

Banyak persoalan yang diajukan contohnya, "Kek ini boleh dimakan kesemuanya? Ikan, bunga tu edible ke?"

Jawapannya, ya boleh.

Kesemua bahan yang digunakan adalah selamat dan boleh dimakan. Ini kerana setiap bunga, ikan dan hiasan yang ada di dalam kek ini adalah diperbuat daripada susu. Menurutnya, bahagian paling mencabar adalah proses menyuntik bunga. Anda perlu pastikan susu dan bahagian serbuk jeli dimasak dengan betul. Kalau tidak, bunga-bunga tidak akan cantik.

Bahagian kegemarannya apabila kek itu sudah siap adalah menyuntik bunga untuk menghidupkannya. Menurutnya, itulah bahagian yang paling memuaskan. Tambahannya lagi, 3D Jelly Cake ini mengambil masa selama dua sehingga tiga jam, bergantung kepada rekaan yang dipilih.

Berapa pula harga setiap 3D Jelly Cake ini?

Dia juga telah menerima pesanan dari rakan-rakan dan keluarga yang menempah kek ini. Harga kek ini bermula dari RM65 bergantung pada saiz, perisa, tema dan apa-apa keperluan tambahan yang diminta oleh pelanggannya.

Harga memang berbaloi dan tidak semahal yang disangka walaupun proses untuk membuat kek ini agak leceh dan memakan masa. Kena sentiasa berhati-hati.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan 3D Jelly Cake ini, boleh terus mesej Nazlina pada nombor yang tertera di bawah:

Tel: +6018 357 5607
Instagram: @nazlina73
Facebook: Nazlina Ab Ghani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wah, cantiknya bunga-bunga ini. Murah pula tu!

You may be interested in: