seismik

Gembira Dengan Pelantikan Dr Zulkifli, Parti Pembangkang, Selebriti & Rakyat Ucap Tahniah

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dr Zulfikli.

Cover image via The Sun Daily & Indahnya Islam

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri yang baru di bawah pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Image via Suara Merdeka

Dalam kesemua senarai yang diumumkan itu, salah seorang menteri yang mendapat perhatian rakyat adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Dato' Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri yang juga merupakan Mufti Wilayah Persekutuan. Apa yang menariknya, ini adalah pertama kali seorang mufti dilantik ke dalam Kabinet.

Diketahui memiliki keperibadian yang sangat lembut dan mudah didekati, penglibatan Dr. Zulkifli ke dalam barisan Kabinet kali ini mampu membuatkan rata-rata rakyat berasa sedikit lega dan gembira dengan perkara itu.

Susulan daripada pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, beberapa bekas Menteri dan rakan artis turut mengucapkan tahniah kepadanya termasuklah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Dalam satu tulisan di laman Twitter miliknya, Mujahid tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Dr. Zulkifli beberapa jam selepas Mufti itu dilantik

Menerusi tweet yang dibuat olehnya itu, Mujahid berkata dirinya yakin bahawa Dr. Zulkifli mampu mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang sebelum ini giat dilaksanakan ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mujahid sempat menitipkan pesan kepada Dr. Zulkifli agar kekal bertaqwa dengan jawatan yang disandang olehnya itu.

Selain Mujahid, Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Fahmi Fadzil dan bekas Menteri Wilayah, Khalid Samad turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr. Zulkifli

Tidak ketinggalan, ramai dalam kalangan rakyat serta beberapa orang rakan artis juga meluahkan rasa gembira dan terharu di atas pelantikan Dr. Zulkifli sebagai Menteri

Alhamdulillah. Seronok apabila melihat ramai yang gembira dan senang hati dengan pelantikan Dr. Zulkifli kali ini. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik selepas ini. Tahniah sekali lagi Dr. Zulkifli!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: