seismik

Moratorium Bakal Berakhir, Ini Cara Mohon Lanjutan Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Bank Anda

Permohonan lanjutan moratarium boleh dilakukan peminjam yang layak bermula 7 Ogos 2020.

Cover image via Bernama & Bank Negara Malaysia

Umum sedia maklum, tempoh bayaran moratorium yang bakal berakhir pada September akan dilanjutkan sehingga Disember 2020

Namun begitu, lanjutan moratorium tiga bulan itu hanya bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada penularan pandemik Covid-19 sahaja dan yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Menurut laporan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan.

Tambahnya lagi, selepas tiga bulan tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana

Selain itu, semua peminjam individu atau Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) boleh mendapat bantuan daripada bank:

  • Bayar faedah sahaja untuk jangka masa ditetapkan
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan bayaran balik bulanan
  • Memberi pelepasan lain sehingga peminam capai kedudukan kewangan lebih stabil

Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada akta sewa beli. Contohnya:

  • Memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah

Bagi pinjaman yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020.

Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak Covid-19 berserta cara memohon bagi setiap bank:

  1. Maybank / Maybank Islamic : Maybank Moratorium
  2. CIMB / CIMB Islamic : CIMB Moratorium
  3. AmBank : AmBank Moratorium
  4. Bank Islam : Bank Islam Moratorium
  5. Bank Rakyat : Bank Rakyat Moratorium
  6. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic : Hong Leong Bank Moratorium
  7. Affin Bank / Affin Islamic : Affin Bank Moratorium
  8. Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bank Simpanan Moratorium
  9. RHB Bank / RHB Islamic : RHB Bank Moratorium
  10. SME Bank : SME Bank Moratorium
  11. Alliance Bank : Alliance Bank Moratorium
  12. Agro Bank : Agro Bank Moratorium
  13. Bank Muamalat : Bank Muamalat Moratorium
  14. HSBC Amanah : HSBC Bank Moratorium
  15. Public Bank : Public Bank Moratorium
  16. OCBC Al Amin Bank Berhad : OCBC Bank Moratorium
  17. MBSB Bank : MBSB Bank Moratorium
  18. Standard Chartered Saadiq : Standard Chartered Bank Moratorium
Untuk bank-bank lain yang tidak tersenarai boleh terus ke laman sesawang rasmi bank masing-masing.

Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin meneruskan lanjutan moratorium ini, perancangan itu harus dimulakan sekarang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: