seismik

“MK Pun Goyang Ni” - Mak Cik Rapper Ini Dipuji Netizen Sebab Bakatnya Yang Luar Biasa!

Dah macam tahap rapper professional dah ni!

Cover image via @TheOnlyFatin (Twitter)

Kalau sebelum ini viral tentang remaja lelaki tiru suara penyanyi wanita popular di Malaysia, kali ini mak cik rapper pula jadi tumpuan orang ramai

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter di mana seorang gadis telah memuat naik satu video daripada TikTok.

Video tersebut tular kerana seorang wanita yang digelar mak cik rapper di kalangan netizen menunjukkan bakatnya yang boleh rap dengan laju dan seiring dengan muzik latar.

Tak percaya? Jom kita lihat video tersebut di bawah:

Power kan mak cik ni rap? Sampai netizen pun terpegun

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 100,000 tontonan di Twitter, rata-rata netizen memuji bakat semulajadi mak cik ini.

Kalau menyanyi, semua orang boleh. Tetapi, tak semua orang boleh rap dengan laju dan lancar. Jadi, mak cik ini sememangnya patut dipuji!

Ada yang berkata mak cik ini boleh lawan kumpulan terkenal K-Clique. Yang lawaknya, ada pula yang kata ibu mereka juga boleh rap sebab selalu membebel.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bakat luar biasa macam ini memang patut diketengahkan, power la mak cik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: