seismik

Minta Pekerja Starbucks Tulis 'Champion' Di Cawan, Pemuda Ini Tak Sangka Ia Jadi Kenyataan

Tahniah guys!

Cover image via @zeemahmadfs (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menang atau kalah merupakan adat dalam sebuah pertandingan

Ia semua terpulang kepada nasib. Tapi, jika kita berusaha lebih tentu kita akan mendapat apa yang kita mahukan. Contohnya seperti berlatih banyak kali untuk betul-betul mahu menang pertandingan itu.

Malah, persekitaran sekeliling dan kata-kata semangat juga amat penting sebelum memulakan perlawanan.

Sama seperti video di Twitter ini apabila sekumpulan pemuda berterima kasih kepada pekerja Starbucks kerana menulis kata-kata semangat di cawan mereka telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pekerja siap tulis tambah 'goodluck' untuk perlawanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi detik ketika dia dan rakan-rakannya yang akan berlepas ke Indonesia untuk menyertai perlawanan  'Freestyle Football Championship Open' di sana.

Mereka kemudian singgah di Starbucks untuk membeli air dan meminta agar pekerja Starbucks itu menulis 'Champion' sebagai nama mereka.

Malah, apa yang lebih mengharukan mereka adalah pekerja itu siap menambah perkataan 'goodluck' buat mereka semua.

Siapa sangka, mereka akhirnya menang perlawanan tersebut dan mahu meraikan kejayaan mereka itu dengan pekerja yang menulis nota pada cawan mereka tempoh hari.

"Makbul doa akak tu, 'InshaAllah, amin'. And tahniah bro and team. Champion" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi yang positif selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 89.4K views, 1,361 retweets dan 3,587 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Tahniah semua! Tak sia-sia pesan Starbucks hari tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: