seismik

Jadi Aktres Asia Pertama & Di Malaysia, Michelle Yeoh Menang Kategori Best Actress Oscar

Tahniah untuk Michelle Yeoh!

Cover image via Tartler Asia & BBC

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tan Sri Michelle Yeoh dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) yang berlangsung sebentar tadi

Acara gemilang itu berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat. Pelakon kelahiran Malaysia itu berjaya merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem 'Everything Everywhere All at Once'.

Image via IMDb

Wanita kelahiran Ipoh yang mengenakan pakaian gaun putih itu terharu dan gembira ketika menerima trofi 'Anugerah Pelakon Wanita Terbaik' di atas pentas

Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle bersaing dengan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Image via BBC

Sebelum ini, Michelle juga berjaya meraih trofi dalam beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).

"This is the prove that dream comes true. Ladies, don't let anyone tell you you are ever past your prime." - Michelle Yeoh

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas anugerah itu! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: