seismik

Ozil Kritik Isu Uighur & Rela Tanggung Akibat Dari Diam Diri Lihat Islam Dianiaya. Tabik!

#StandWithOzil

Cover image via Twitter @MesutOzil1088 & DW

Isu kemanusiaan melibatkan muslim Uighur di China sudah lama cuba diketengahkan oleh orang ramai namun entah mana silapnya, ia tidak dapat perhatian yang sewajarnya

Tidak dinafikan perkongsian mengenai isu kemanusiaan tersebut memang banyak di media sosial namun jarang sekali media melaporkan perkara tersebut. 

Selain itu, bukti-bukti seperti video dan foto juga turut disebarkan dengan harapan pihak tertentu dapat berbuat sesuatu mengenai perkara tersebut. Pun begitu, sekali lagi usaha tersebut gagal.

Terbaru, pemain bola sepak Arsenal yang juga warganegara German namun berasal dari Turki menulis di laman Twitter miliknya bersuara mengenai isu tersebut pada 13 Disember lalu

Bahasa: 

"Luka berdarah di dalam umat Islam. Komuniti pejuang yang menolak penganiyaan. Orang-orang mula berjuang keseorangan melawan mereka yang memaksa mereka pergi daripada Islam. Quran dibakar, masjid ditutup, madrasah dilarang dan guru-guru agama dibunuh seorang demi seorang.

"Saudara lelaki dipaksa pergi ke kem, tempat mereka digantikan dengan lelaki cina. Saudara perempuan pula dipaksa kahwin dengan lelaki cina. 

"Dengan semua ini berlaku, umat Nabi Muhammad SAW terus membisu. Tidak membantah mahupun berkata apa-apa. Muslim tidak disokong. Tidak kah mereka tahu bahawa membenarkan sesuatu penganiyaan itu turut tergolong dalam orang-orang itu?

"Seperti yang dikatakan oleh hadrat Ali: 'Jika kamu tidak boleh menghentikan penganiyaan, maka buatlah ia diketahui'. 

"Semasa media antarabangsa menghebahkan perkara ini dalam agenda mereka, di manakah negara Islam dan media mereka? Tidak kah mereka tahu dengan bersikap neutral mengenai perkara ini adalah hina?

"Tidak kah mereka tahu bahawa apa yang saudara Islam kita akan ingat kelak bukanlah penyeksaan yang diterima akan tetapi sikap berdiam diri orang Islam yang lain. 

"Ya Allah, bantulah mereka. Sesungguhnya perancangan-Mu adalah yang sebaik-baiknya," tulisnya. 

Susulan tweet tersebut, China menarik semula siaran langsung perlawanan bola sepak antara Arsenal dan Manchester City di stesen TV mereka

Memetik laporan NST, Ozil turut berdepan dengan kritikan pemimpin parti Komunis China yang menyifatkan tweet-nya itu sebagai badut.

"Sikap Ozil itu memberikan impak besar terhadap imejnya di kalangan rakyat China serta turut memberikan imej buruk terhadap Arsenal.

"Orang China patut lihat sikap yang dipamerkan Ozil adalah seumpama badut. Kata-katanya itu bukan sahaja menyinggung perasaan para peminat tetapi juga rakyat China," katanya.

Dalam pada itu, Arsenal menulis di laman Weibo menafikan ada kena mengena dengan tweet kontroversi tersebut.

"Itu (tweet) adalah pendapat Ozil sendiri dan tiada kaitan dengan Arsenal. Kelab ini mempunyai polisi tidak terlibat dengan politik," tulis kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dalam pada itu, turut trending di laman Twitter adalah #StandWithOzil di mana netizen memberikan sokongan buat pemain bola tersebut

Respect dengan Ozil yang berani bersuara walaupun tahu akibat jika berbuat demikian. Semoga, kita dapat pelajari sesuatu daripada keberanian pemain bola ini.

Image via Al-Jazeera

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: