seismik

"Mesti Laku Keras" - Warung Nasi Lemak Depan Roadblock Ini Jadi Tumpuan Ramai, Strategik!

Confirm semua bagi alasan nak beli nasi lemak.

Cover image via @itme_eyen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut je pasal roadblock, mesti ramai yang cuak apabila tersangkut di sekatan jalan raya walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan

Elok-elok tidak membuat kesalahan apa-apa, mesti kita automatik menggelabah bila terpaksa berdepan dengan polis kan?

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila sebuah warung nasi lemak mendapat tumpuan ramai gara-gara lokasinya yang berada di depan roadblock.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mak cik nasi lemak pandai buat marketing, buka warung dekat dengan roadblock

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itme_eyen, kelihatan lelaki itu berkongsi situasi semasa dia sedang membeli nasi lemak.

Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah lokasi warung nasi lemak itu yang dikatakan sangat strategik iaitu berada betul-betul di depan roadblock.

Situasi tersebut membuatkan ramai berseloroh kononnya mak cik nasi lemak pandai memilih tempat untuk menjual makanannya untuk menarik perhatian sesiapa saja yang baru melepasi roadblock itu.

"Mak cik tu pun pandai bukak kedai dekat spot roadblock, haha semalam lalu pukul 3 niat nak tengok try last-last bagi alasan nak beli makan. Nasib baik lepas" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 187.3K views, 13.4K likes dan 77 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu itu dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaiklah mak cik, semoga jualan nasi lemak terus laku! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: