seismik

Menurut Tun M, Beberapa Ketua Jabatan Mungkin Digugurkan Kerana Bersubahat

Langkah ini dikatakan untuk memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan negara.

Cover image via Twitter @ChannelNewsAsia

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa ketua jabatan bakal digugurkan atas alasan tertentu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Tun Dr Mahathir berkata bahawa kerajaan sama sekali tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat dalam melakukan perkara yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara Malaysia ketika era kepemimpinan kerajaan terdahulu.

Beliau juga menerangkan tentang perkara ini merupakan antara agenda pembaharuan yang akan dilaksana sebaik dilantik mengetuai kerajaan.

Langkah ini merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu dalam memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan negara

Menurut Tun, "Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi."

Selain itu, Tun juga menyatakan bahawa sesetengah orang yang rapat dengan beliau telah dikunjungi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah dikenakan cukai tambahan. Insiden ini dikatakan telah berlaku ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

Image via FMT

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Image via MommaVogueDotCom

"Saya akan pulangkan semula (duit mereka)," kata Tun

"Saya akan pulangkan semula (duit mereka)," Ujar Tun Mahathir ketika ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada jam 9:30 malam semalam

Menurut beliau lagi, negara ini sedang mengalami masalah pengurusan kewangan yang serius. Perkara ini dapat disahkan setelah Bank Negara mendapati jumlah wang keseluruhan hutang yang dipinjam oleh kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan adalah berjumlah hampir RM800 bilion.

Beliau juga menjangka jumlah yang tersembungi dipercayai telah mencecah RM1 trilion.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: