seismik

Mentua Pandang Rendah Menantu Masak Ikut Video Resipinya, Che Nom 'Sekolahkan' Wanita Ini

Betul apa Che Nom cakap tu.

Cover image via Che Nom (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Che Nom sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, khususnya golongan wanita

Tidak kiralah bangsa apa, tua atau pun muda, ramai yang meminati Che Nom kerana sering berkongsi video resipi masakan yang mudah dan sedap di media sosialnya.

Namun, tular pula isu baru-baru ini mengenai seorang wanita hampa kerana menantunya memasak ikut resipi Che Nom telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting Facebook itu di bawah:

Dapat menantu rajin masak, tapi kecewa sebab semua ikut resipi Che Nom dan bukan pandai sendiri

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Che Nom, kelihatan individu tersebut menyuarakan pendapatnya mengenai orang yang pandai memasak.

Menurut individu itu, dia merupakan seorang yang malas dan tidak minat langsung memasak. Tetapi, dia bersyukur kerana mendapat suami yang baik dan tidak pernah complain masakannya walaupun tidak sedap.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia berkata menantunya rajin dan pandai memasak. Namun, dia seolah-olah kecewa kerana selama ini menantunya itu memasak ikut resipi daripada Che Nom semata-mata.

Disebabkan kenyataan tersebut, Che Nom membalas semula komen wanita itu dan sempat 'menyekolahkannya'.

Susulan tularnya posting itu yang kini sudah meraih 8.1K likes, 1.4K comments dan 865 shares di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka mengenai isu berkenaan

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Tak kisahlah ikut resipi ke pandai sendiri, yang penting menantu dia ada effort untuk masak. Untuk mentua pula tu, bukan semua orang rajin tau :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: