seismik

Menteri Pendidikan Akan Fokus Pada Bahasa Inggeris & Menjadikan Finland Sebagai Inspirasi

"Kita juga perlu untuk menguasai bahasa lain," kata Maszlee.

Cover image via Berita Harian

Menteri Pendidikan yang baru dilantik iaitu Dr Maszlee Malik berkata dalam satu temubual baru-baru ini bahawa sistem pembelajaran di negara ini akan menjadi pusat teknologi dan memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Maszlee berkata ini adalah sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata bahasa Inggeris adalah penting bagi sistem pendidikan negara menjadi lebih berkembang

"Saya percaya kebebasan memilih oleh ibu bapa dan murid-murid itu sendiri dan salah satu kalau kita perasan dalam pelan pendidikan negara ialah penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa.

"Jadi kita melihat bukan isu Bahasa Inggeris sahaja tetapi isu untuk rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bahasa dan etnik yang wujud sebagai kekuatan, contohnya kita nak wujudkan individu yang boleh berbahasa lebih daripada dua bahasa," katanya ketika ditemui.

Selain itu Maszlee juga menyuarakan bahawa ianya merupakan usaha bagi meringankan beban murid dan guru melalui sistem pendidikan berteraskan teknologi.

Menurut Maszlee lagi, beliau turut terkesan dengan perkara ini dan ingin melihat sendiri bagaimana sistem pendidikan di negara-negara maju contohnya seperti Finland dapat diterapkan di Malaysia

Maszlee juga berkata bahawa di Finland, mereka menjadikan umur awal persekolahan itu sebagai 'formative years' iaitu untuk membina sahsiah lebih daripada membebankan murid dengan peperiksaan atau buku-buku yang banyak.

"Kita mahukan sistem pendidikan awal itu lebih kepada konsep mengumpul maklumat, berfikir secara kritikal dan mengkaji untuk mewujudkan manusiawi dalam diri mereka," ujarnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: