seismik

‘Terharu Sungguh!’ - Frontliner Msia Dedikasi Kata-Kata Semangat Buat Frontliner Indonesia

Jangan putus asa!

Cover image via Efey Noorfareydzah / Facebook

Beberapa hari lalu, viral di media sosial gambar serta video yang memperlihatkan petugas barisan hadapan Indonesia seolah-olah sudah berputus asa untuk memerangi wabak Covid-19

Kekesalan itu dikatakan berlaku apabila melihat sikap rakyat di negara tersebut yang masih bebas berada di luar rumah dan seolah-olah mengambil mudah pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini.

Setakat ini, Indonesia telah mencatatkan lebih 1,400 kematian akibat wabak Covid-19 dengan jumlah yang disahkan positif wabak itu menghampiri 25,000 kes.

Melihat kepada senario yang berlaku di negara jiran itu, petugas barisan hadapan kita tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat kepada petugas Indonesia

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Efey Noorfareydzah di laman Facebook miliknya, kelihatan sekumpulan petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Tawau Kubota Sabah memberikan kata-kata semangat buat petugas di Indonesia.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, antara kata-kata semangat yang diberikan melalui 'nota' di baju PPE mereka adalah "Indonesia bisa", "Jangan putus asa", "Kita pasti bisa" dan "Kita pasti menang.

Sokongan moral yang diberikan oleh petugas Malaysia itu telah membuatkan rata-rata netizen terharu dan turut sama memberikan semangat buat Indonesia bagi melawan wabak Covid-19

Semoga dunia dapat sembuh daripada wabak Covid-19 dengan segera.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artike berkaitan:

You may be interested in: