seismik

Shopping & Menang Percutian Percuma Ke Hawaii Untuk Rasai Pengalaman Sekali Seumur Hidup

Bestnya Hawaii!

Cover image via Exploration Hawaii

Artikel ini ditaja oleh Senheng

Seronok betul bila shopping sambil dapat baucar dan pada masa yang sama boleh menang percutian ke Hawaii!

Bayangkan diri anda kini sedang berjalan-jalan di tepi pantai pasir putih yang cantik sambil disapa bayu laut lembut di kepulauan Hawaii yang menakjubkan.

Selepas itu, pergi pula bersiar-siar menyaksikan pemandangan memukau di sekitar pulau magikal ini. Pastinya sesuatu yang siapa-siapa pun tak nak lepaskan.

Sempena pelancaran filem Jurassic World: Fallen Kingdom, Senheng bakal menghantar pemenang bertuah ke lokasi penggambaran dan rasai sendiri pengalaman belakang tabir filem tersebut di Hawaii!

Apa yang beza dengan percutian ini berbanding percutian sendiri? Tentunya pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang Ringgit seperti di bawah:

1. Honolulu Little Island Circle Tour - lihat keajaiban set Jurassic World dengan lebih dekat

Honolulu adalah bandar terbesar di pulau tropika Oahu dan merupakan lokasi penggambaran dan set utama dari Jurassic World: Kingdom Fallen. Anda akan berpeluang untuk melawat bandar yang luar biasa di sini. Mungkin T-Rex dan Blue sedang menunggu anda di sana? Anda juga boleh beraksi seperti bintang Hollywood Chris Pratt atau Bryce bersama dinosaur seperti dalam filem tersebut.

Kualoa Ranch Jurassic Park

Image via The Wanderfull Traveler

2. Atlantis Premium Submarine Adventure - terokai dunia warna-warni bawah laut dengan kapal selam

Naiki kapal selam Atlantis XIV yang serba canggih untuk menyaksikan Mosasaurus gergasi di depan mata!

Berapa ramai daripada kita yang mampu atau sanggup habiskan ribuan Ringgit semata-mata untuk naik kapal selam? Dalam percutian ini, Senheng akan memberi pengalaman sekali seumur hidup ini untuk anda show off kepada rakan-rakan! Pastinya akan menjadi highlight terpenting untuk percutian ke sana nanti.

3. Magic of Polynesia - acara silap mata terbaik dunia

Selepas melawat dinosaur, anda akan mendapat peluang untuk menonton pertunjukan silap mata terbaik di dunia. Diterajui oleh ahli silap mata terkemuka John Hirokawa, Magic of Polynesia telah berjaya memukau penonton dari serata dunia dengan persembahan berani, bertenaga, dan amat mendebarkan. Senang kata, memang tak senang duduk bila menonton John Hirokawa melakukan helahnya di atas pentas. Naik bulu roma!

Apa tunggu lagi! Beli-belah sekarang dan anda mungkin berpeluang memenangi percutian eksklusif ini.

Image via Senheng

Senheng juga menyediakan baucar tunai sebanyak RM3 juta untuk diberi kepada pelanggan setia mereka. Lagi banyak anda spend, lagi banyak anda akan dapat!

Lebih menarik, peluang untuk menang percutian ke Hawaii akan berganda jika anda membeli barangan Panasonic. Dan sekiranya anda pengguna Citibank atau Aeon Credit Service, gunakannya dan dapatkan lebih banyak penyertaan!

Selain itu, pelanggan yang menggunakan Aeon Credit Service boleh memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 SETIAP MINGGU! Ya, setiap minggu. Rasa macam dapat RM2,000 diskaun! Kat mana lagi nak dapat macam ni?

Terbaik kan? Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Hawaii okay. Inilah masanya!

Image via Senheng

Percutian di Hawaii pastinya akan menjadi satu pengalaman terindah yang tak dapat anda lupakan! Beli-belah di Senheng sekarang dan rebut peluang sekali seumur hidup ini.

Nak tahu lebih lanjut, layari laman web rasmi Senheng di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak travel lagi?