seismik

"Member Blur" - Dapat Surprise Daripada Kawan, Lelaki Cina Ini Tak Sangka Siap Ada Kompang

Lain daripada yang lain.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kalau kita nak surprisekan hari jadi kawan, semestinya kita akan sediakan kek dan bawa ke kedai makan

Kadangkala ada yang lagi menarik, mungkin kawan-kawan akan melakukan beberapa aktiviti seperti explorace untuk orang yang disambut hadir ke destinasi rahsia. 

Namun, baru-baru ini tular cara unik sekumpulan pemuda Chinese ini menyambut hari jadi rakannya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Member siap upah geng kompang dan nyanyi dua versi lagu birthday

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda Cina sedang berada di sebuah kafe untuk lepak dan menyambut hari jadi kawannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemuda di situ siap menempah geng kompang untuk surprisekan rakannya. Sebaik saja geng kompang itu masuk dengan alunan kompangnya, lelaki itu kelihatan terkejut dan terkedu. 

Rupa-rupanya, rakannya yang menempah geng kompang itu. Dia kelihatan ketawa apabila disakat kawannya. Situasi di tempat kejadian penuh dengan gelak tawa melihat muka rakan mereka yang blur. 

"Kawan-kawan, i demand this. Setakat sambut birthday baling tepung, lupakan." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 205K views, 7K retweets, 1K quote tweets dan 13K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing,

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizend di Twitter:

Seronok betul tengok cara sambut birthday lain daripada yang lain ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: