"Memang Mak Ayah Aku Tak Ada Darah Melayu" - Little Miss Khan
Kenyataan tersebut diambil daripada satu sesi live Little Miss Khan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Adik kepada Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak mengaku sebagai orang Melayu
Menerusi rakaman video daripada live di Instagramnya baru-baru ini, LMK berkata dia memang tidak mempunyai darah Melayu.
"Mak saya Arab, ayah saya Pakistan. Tak ada darah Melayu. Tapi, lahir dekat sini besar dekat sini. Boleh la cakap Melayu, kalau tak boleh tu memang boleh tampar lah muka saya," katanya.
Menurutnya lagi, dia hanya mengiyakan saja jika orang tanya sama ada dia Melayu atau tidak kerana nanti dituduh tidak sedar diri pula.
Susulan itu, ramai yang triggered dan mengecam kenyataan LMK
Sebuah ciapan di laman X berbunyi: "LMK tak mengaku dia melayu, so dia bangsa apa? Bangsa lupa diri?".
Malah, ada yang mempersoalkan jika Neelofa juga bukan berbangsa Melayu. Berikut adalah antara komen netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!