seismik

"Melampau Sangat Silibus Ni" - Guru Terkejut Lihat Soalan Matematik Tak Masuk Akal Ini

Pening nak jawab.

Cover image via Facebook & Sinar Bestari

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, pembelajaran di sekolah agak berbeza jika dibandingkan dengan dahulu

Malah, silibus pembelajaran di sekolah juga amat berbeza jika nak dibandingkan dengan silibus zaman kita dahulu.

Jika dulu, kita belajar benda asas dan logik tetapi sekarang murid perlu berfikir secara di luar kotak.

Namun, baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang guru telah memuat naik satu gambar menunjukkan soalan Matematik darjah 3 telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via googleapis.com

Guru terkejut lihat soalan matematik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru lelaki berkongsi soalan pada buku matematik darjah 3 itu.

Dalam soalan berkenaan, murid diminta untuk membuat perbandingan nilai mata RM1 dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Kemboja dan Laos.

Menurutnya, soalan tersebut adalah susah bagi murid darjah 3. Malah, dia sendiri tidak tahu unruk menjawab soalan tersebut.

“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab ok. Apa kepentingan topik ni buat budak darjah 3? Tolong penggubal silibus ni listkan 5 kelebihan budak 9 tahun belajar topik ni,”
tulisnya.

Image via Facebook

"Setuju. Bukan buku tahun 3 je, dari Tahun 1 lagi banyak soalan merapu dalam buku aktiviti" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 9.8K likes, 1.9K comments dan 1.5K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Susah betul soalan dia. Orang besar pun tak boleh nak jawab :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: