seismik

Melaka Terkenal Di China, Capai Berjuta Carian Di WeChat Selepas Fan Bingbing Jadi Duta

Perkara itu telah mengatasi capaian acara mega di China seperti Shanghai International Film Festival dan Weibo Movie Awards.

Cover image via South China Morning Post & @bingbing_fan (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hasil pelantikan ikon dari China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, nama 'Melaka' telah mencapai lebih satu bilion carian bersama-sama 'Fan Bingbing' di platform WeChat China

Menerusi laporan Buletin TV3, hasil daripada pencapaian berkenaan, Melaka berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi ‘Capaian Digital Terbesar Bagi Pelancongan Malaysia di Platform WeChat’ menggunakan duta selebriti semasa penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata selebriti berkenaan memiliki pengaruh besar dalam media sosial sekali gus memanfaatkan platform berkenaan dalam mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa.

"Jumlah pelancong dari China ke Melaka meningkat daripada 204,818 (16.27%) pada Disember 2023 kepada 664,687 pelancong (22.64%) pada Disember 2024, sekali gus mencatat peningkatan 459,869.

"Ini membuktikan strategi promosi pelancongan melalui tokoh berpengaruh antarabangsa memberi impak luar biasa khususnya di China bagi menembusi pasaran utama pelancong ke Melaka," katanya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) bersama Fan Bingbing.

Image via Asia One

Kerajaan negeri merancang akan terus menggandakan usaha promosi berskala global

Tambah Ab Rauf, kejayaan terbabit bukan sekadar angka sebaliknya satu anjakan imej Melaka yang kini berada di peta pelancongan global menjadi sebuah destinasi yang dikenali, dikunjungi dan dihormati.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan terus meneroka kerjasama strategik baharu, memanfaatkan platform digital dan memperkukuh kedudukan Melaka sebagai antara destinasi pelancongan paling berpengaruh di rantau ini bagi menggandakan usaha promosi berskala global.

TMM2024 berjaya merekodkan kehadiran 15 juta pelancong dengan menjana hasil keseluruhan RM12.68 bilion menerusi pelbagai aktiviti pelancongan sepanjang penganjurannya tahun lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: