seismik

Media Prima Digital & REV Asia Kini Dikenali Sebagai REV Media Group

Kumpulan ini akan berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Cover image via REV Media Group

Umum sedia maklum, Media Prima Digital dan REV Asia Berhad kini telah melancarkan nama baharu mereka yang dikenali sebagai REV Media Group

Image via REV Media Group

Visi dan misi baharu REV Media Group adalah untuk menjadi Syarikat Digital Media Malaysia #1 dari segi jangkauan, pengekalan dan pendapatan dan untuk mencapai matlamat berteraskan keutamaan kepada pelanggan secara kolaboratif dan telus.

Dengan penjenamaan baharu ini diharapkan dapat memberi lebih kejelasan dan sinergi yang baik agar dapat terus memberikan penyelesaian terbaik kepada para pelanggannya.

Top (left to right): Hafriz Zulpakar - General Manager | Business Development & Partnerships, Paul Moss - General Manager | Data Services, Nicholas Sagau - Group General Manager | MP Labs and Operations, Chris Wee - Chief Strategy Officer | Omnia<br/><br/>Bottom (left to right): Sam Wee - Director | Business Operations, Rafiq Razali - Chief Executive Officer, Judith Yeoh - General Manager | English Network.

Image via REV Media Group

Kumpulan ini akan berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

REV Media Group mewakili lebih 30 jenama terbaik merangkumi pelbagai bahasa dan platform seperti SAYS, OHBULAN!, Viralcham, NST Online, My Metro, BH Online, Mashable SEA dan IGN SEA

Image via REV Media Group

Terdahulu, Media Prima Digital memperoleh REV Asia Holdings pada 2017 untuk memberi tumpuan kepada pengembangan kandungan digital dan platform media digital, mengukuhkan kedudukan Media Prima sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia.

Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group.

Image via REV Media Group

Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group berkata, “Ini adalah detik bersejarah buat kami kerana secara rasminya telah menandakan penyatuan dua organisasi media digital utama.

"Saya yakin dan percaya bahawa jenama baru ini akan mendorong kami untuk pergi lebih jauh dan membantu mengukuhkan kedudukan kami sebagai penerbit digital terbaik di Malaysia”.

Sementara itu, Sam Wee, Pengarah Operasi Perniagaan berkata, “Kami amat teruja kini dapat bekerjasama dengan semua orang di REV Media Group, berkongsi visi dan matlamat yang sama dan saya yakin bahawa transformasi ini akan menjadikan kami lebih baik sebagai satu pasukan”.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: