Matin Anak Shuib Tak Dapat Kawal Sebak, Akhirnya Menangis Di Pusara Arwah Siti Sarah
Selalu nampak Matin yang paling ceria, mungkin dia terlalu rindu ibu dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sehingga kini, pemergian Allahyarhamah Siti Sarah masih dirasai oleh peminat dan rakyat Malaysia
Setiap kali Shuib memuat naik atau berkongsi tentang arwah, ia pasti membuatkan ramai kembali sebak dan rindukan telatah arwah. Malah, ramai yang masih merasakan seperti arwah masih ada.
Baru-baru ini, tular pula video anak ketiga Shuib iaitu Matin menangis ketika menziarahi pusara arwah ibunya.
Matin gagal tahan air mata bila diminta nyanyi depan pusara ibu
Menerusi video yang dikongsi oleh Shuib, mereka sekeluarga menziarahi pusara arwah Shuib menceritakan perkembangan anak-anak kepada arwah Sarah.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Matin yang dilihat seolah-olah menahan air mata akhirnya menangis ketika menyanyikan lagu buat arwah ibunya.
"Semalam tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin, mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang rindu," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat Matin menangis.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!