seismik

"Material Girl" - Budak Perempuan Guna Duit Raya Sendiri Beli Emas Buat Ramai Terpegun

Kecil-kecil dah pandai ya!

Cover image via @diyanarazip2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kaum wanita dan mak-mak saja yang suka beli perhiasan emas

Iyalah, bukan saja cantik dipakai malah ia berharga dan boleh dijadikan sebagai investment jangka masa panjang. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan selamba beli emas telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@diyanarazip2

Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni

Raya Raya Raya - DOLLA

Selamba pilih emas dan bayar sendiri

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan dan keluarganya sedang berada di kedai emas untuk membeli emas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat seronok memilih cincin sendiri sambil makan Muruku. Dia juga dilihat membayar dengan duit rayanya sendiri kepada penjual emas tersebut.

"Bagus dik, kecik-kecik dah pandai melabur" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 320K tontonan, 15K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai ya kau dik, jaga elok-elok cincin tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: