seismik

"Mata Bersinar-Sinar" - Budak Lelaki Teruja & Melopong Jumpa Ultraman Ini Curi Tumpuan

Semua dia nak salam ya.

Cover image via @hikxri0_0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Budak lelaki dengan kartun animasi Ultraman memang berpisah tiada

Siri Jepun mengisahkan watak hero yang selalu menyelamatkan orang awam ini menjadi inspirasi kepada semua kanak-kanak lelaki di luar sana. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki teruja melihat Ultraman telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mata tak berkelip sebab jumpa Ultraman depan mata

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di pusat beli-belah untuk berjumpa dengan cosplay Ultraman. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sangat teruja sambil bersalam dengan semua Ultraman. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat tidak kelip mata langsung semasa berjumpa Ultraman. 

"Dari kecik suka Ultraman sampai besar tak dapat jumpa lagi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 929K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mimpi indah dia malam ni ya, bertuah sangat! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: