seismik

"Masih Relax" - Wanita Ini Sempat Makeup Dulu Sambil Layan Contraction Sebelum Bersalin

Wahhh, kuatnya dia.

Cover image via @nurinafiqaaah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, apabila seseorang wanita itu menunggu masa untuk beranak mereka tidak sempat untuk memikirkan benda lain

Tambahan pula jika hendak bersiap cantik-cantik sebelum bersalin. Memang jarang kita lihat mereka bersiap dan makeup sebelum melahirkan anak.

Bukannya apa, dengan keadaan contraction yang kuat membuatkan emosi dan pergerakan terganggu sudah tentu mustahil untuk kita memikirkan soal rupa yang cantik bukan?

Namun, lain pula dengan seorang wanita ini apabila tular rakamannya sempat makeup sambil melayan contraction menjadi tumpuan para warganet di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak hirau sakit contraction, yang penting makeup dulu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurinafiqaaah, kelihatan wanita itu sedang berada di depan sebuah cermin panjang dalam rumahnya sambil bersolek.

Apa yang menarik perhatian adalah rupa-rupanya dia yang sarat mengandung itu sedang menahan sakit contraction yang kuat sebelum bersalin lagi beberapa jam saja.

Walau bagaimanapun, keadaan itu langsung tidak mengganggu semangatnya untuk meneruskan sesi makeup. Malah, dia sempat tersenyum dan ketawa kecil apabila perasan dirinya dirakam.

"Aku pun sempat makeup, iron rambut, try-try baju. Sampai je terus beranak so senang" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 604.4K tontonan, 68.2K tanda suka dan 1.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet terutamanya wanita turut berkongsi pengalaman sama mereka.

Malah, ada yang berpendapat mereka terus lupa sakit contraction bila membuat kerja-kerja lain sebelum pergi ke hospital.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bagusnya kalau boleh jadi macam dia, rileks je even tengah sakit. Semoga dipermudahkan urusan bersalin sis! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: