seismik

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Cover image via Bernama & @khairykj (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sebentar tadi

Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran menerusi Instagram Story yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan 'Pak Lah', menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh," katanya.

Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun

Sebagai rekod, Pak Lah dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Allahyarham memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Dr Mahathir Mohamad. Sepanjang pentadbirannya, Abdullah memperkenalkan konsep Islam Hadhari dan menekankan pembangunan modal insan serta integriti dalam pentadbiran.

Allahyarham memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Image via New Straits Times

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Pak Lah berkhidmat dalam pelbagai portfolio termasuk Menteri Luar dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Jeanne Abdullah dan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu dengan Allahyarhamah Endon Mahmood.

Anak perempuannya, Nori Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Khairy Jamaluddin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: