seismik

Mamat Ini Cuba Buat Pickup Line Dekat Petugas Vaksin, Sekali Ending Video Lain Yang Jadi

Akak nurse tu pun melayan je.

Cover image via @piiikriii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, semua pusat pemberian vaksin kini dipenuhi oleh rakyat Malaysia sebagai inisiatif mengelakkan diri dari jangkitan wabak Covid-19

Pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat di media sosial sepanjang proses pengambilan vaksinasi dijalankan.

Ada yang takut jarum sampai terpaksa dipegang kawan-kawan, ada yang tidak bernasib baik berjumpa dengan petugas vaksin yang garang dan sebagainya.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video viral ini apabila seorang remaja lelaki bertindak memberikan pickup line kepada petugas vaksin menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@piiikriii

Reply to @ngehhhhh_0 side effect is real jgn buat main ##fyp ##foryoupage ##vaccinationday ##tps

original sound - ʄɨӄʀɨ

Buat-buat sakit mata konon effect lepas vaksin, rupa-rupanya nak bagi pickup line

Menerusi perkongsian video daripada @piiikriii, kelihatan dia sedang berada di salah sebuah pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikannya.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia dilihat cuba memberikan pickup line kepada petugas kesihatan wanita di situ dengan sengaja mengatakan matanya sakit akibat side effect selepas vaksin.

Dia kemudian dengan spontan memberikan simbol mini love sehingga membuatkan petugas wanita itu tersipu malu.

Namun, lebih melucukan lagi apabila petugas wanita itu turut melayankan perangai pemuda tersebut dengan berkata "saranghaeyo" dan akhirnya membuatkan dia terlupa apa yang ingin ditulisnya.

"Haha setepek kena balik. Bestnya dapat nurse friendly gini, aku dapat yang garang weh" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 271.7K tontonan, 51.4K tanda suka dan 1.1K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka berdua. Malah, ada yang berkata pemuda itu untung kerana mendapat petugas vaksin yang peramah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kelakarlah, sampai akak tu sekali terkena side effect ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: