seismik

MamaPride: Seluar Direka Khas Untuk Tutup Aurat Ketika Bersalin. Tapi Bagaimana?

Persoalan yang bermain di fikiran ramai orang tentunya adakah seluar ini mampu menutup aurat wanita ketika bersalin.

Cover image via mamapride.com.my

Perkenalkan seluar bersalin untuk Muslimah, MamaPride: Maruah.Elegan.Taqwa.Cinta.

Tak nampak bagaimana rupanya? Jangan tisau. Gambar-gambar di bawah ini akan memberi gambaran yang lebih jelas.

Dr Syed Abd Khaliq, pensyarah pelatih Kepakaran Paediatrik memberi penerangan berkenaan MamaPride bersempena National Health Convention on the Implementation of Ibadah Friendly Hospital di UIAM Kampus Kuantan Pahang.

Image via Facebook MamaPride

Pada Khamis, 25 Jun 2015, portal The Malay Mail Online didapati menerbitkan satu artikel berkenaan seluar bersalin MamaPride ini

Artikel tentang seluar bersalin MamaPride di The Malay Mail Online.

Image via www.themalaymailonline.com

Setelah beberapa jam dimuat naik ke laman Facebook mereka, ini apa yang kami baca dan rakamkan di ruangan komen post tersebut:

Rata-rata netizen didapati mengutuk ciptaan seluar bersalin ini, tidak kurang juga yang mempersendakannya. Ada yang berpendapat seluar ini karut serta memalukan.

Ada juga yang berkata pihak yang mencipta reka seluar ini sengaja menggunakan Sunnah dan agama bagi tujuan mengaut keuntungan dunia, di mana ia salah di sisi Islam

Tidak semua orang mempunyai pandangan yang sama. Apa-apa pun, terpulanglah kepada individu sama ada ingin memakainya atau tidak semasa bersalin. Isu privasi ini sepatutnya perlu orang lain hormati.

Tetapi, ramai yang musykil tentang tujuan seluar ini dicipta sebenarnya. Ia memang digunakan untuk menutup aurat, namun secara logiknya, wanita tetap perlu menunjukkan bahagian kemaluan semasa melahirkan anak.

Jadi bagaimana?

Atas dasar ingin memelihara aurat dan wanita Muslim, seluar MamaPride merupakan saru alternatif bertujuan melindungi bahagian-bahagian badan wanita yang tidak perlu didedahkan semasa proses bersalin

Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman turut menyokong perniagaan seluar bersalin MamaPride.

Image via Facebook MamaPride

Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina dan menyambut kelahiran di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital Kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan keseluruhan peha dan betis (keseluruhan kaki) yang tidak diperiksa.

mamapride.com.my

Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan “aurat” ini, maka, Islam menganggapnya sebagai suatu “Darurat” yang dibenarkan.

Meskipun begitu, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan. Inilah Fardhu Kifayah kepada umat Islam, apatah lagi bagi mereka yang berada dalam bidang kesihatan.

Dalam penghasilan seluar bersalin ini, pihak MamaPride mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Mufti untuk memastikan yang aspek shariah tidak dikompromi.

mamapride.com.my

MamaPride juga sedar sebarang penyelesaian yang dikemukakan, perlulah mempertimbangkan kemudahan para doktor, jururawat, dan bidan untuk menjalankan prosedur. Oleh itu...

...mereka memulakan proses diskusi dengan pihak perubatan dan agamawan untuk mencari satu solusi yang sesuai. Hasil daripada perbincangan itu, lahirlah satu idea untuk menghasilkan pakaian (seluar) khas, yang membolehkan si ibu melahirkan anak dengan selamat, dan selesa serta memelihara aurat (keseluruhan kaki). Pakaian tersebut juga tidak menghalang untuk sebarang prosedur biasa dijalankan.

Seluar bersalin MamaPride melindungi bahagian peha,lutut dan betis ibu daripada terdedah semasa proses melahirkan anak. Sekaligus memberikan rasa selesa kepada ibu untuk bersalin kerana aurat dan maruah mereka dilindungi.

mamapride.com.my

Tambahan pula, seluar ini turut dikaji dalam bidang PHD oleh Ustazah Siti Khatijah binti Ismail dan suami, Ustaz Muzaihar bin Mustafa Kamal bagi menyahut seruan amalan perubatan patuh shariah

Ustazah Siti Khatijah binti Ismail (kanan) dan suami, Ustaz Muzaihar bin Mustafa (tengah).

Image via Facebook MamaPride

Seluar bersalin MamaPride mempunyai 6 kelebihan utama yang diterjemahkan dalam foto di bawah:

Untuk makluman, MamaPride adalah seluar bersalin patuh shariah #1 di dunia yang dicipta khas untuk memelihara maruah dan aurat wanita. Ia telah difailkan patentnya dibawah MYIPO
dengan kod pi2014001728 bertarikh 12 Jun 2014.

Inovasi seluar MamaPride telah dipatentkan di bawah MYIPO.

Image via Facebook MamaPride

Ia dilancarkan pada 16 Jun 2014 di Kelantan Trade Center (KTC) oleh YB Hajjah Mumtaz Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat (UPWK) Negeri Kelantan

Majlis pelancaran seluar bersalin MamaPride di KTC, Kelantan pada 16 Jun 2014.

Image via Facebook MamaPride

MAJLIS PELANCARAN MAMAPRIDE

Alhamdulillah, Seluar Bersalin Mesra Aurat MamaPride telah dilancarkan oleh YB Hajjah Mumtaz Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat (UPWK) Kerajaan Negeri Kelantan. Pelancaran sempena Sambutan Hari Wanita 2014 di Dewan Kelantan Trade Center (KTC), Kelantan.

InsyaAllah inisiatif ini akan dimanfaatkan oleh ramai wanita Muslim. Aurat dan maruah mereka lebih terpelihara.

Doakan semoga usaha ini diberkati Allah, dipermudahkan urusannya dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Seluar bersalin MamaPride didatangkan dengan pelbagai warna seperti merah, lime green, dan lain-lain

Buat masa sekarang, hanya beberapa hospital di sekitar Semenanjung Malaysia yang membenarkan penggunaan seluar bersalin MamaPride. Selebihnya masih lagi dalam proses mendapatkan "lampu hijau".

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memahami tujuan sebenar seluar bersalin MamaPride dihasilkan. Jadi, apa kata kita sokong inovasi seluar ini. Semestinya 100 peratus buatan Malaysia!

Click to Reveal
Hide
Image from izclean.blogspot.com
Image via izclean.blogspot.com

Anda pernah tengok azan dalam bahasa isyarat ini?

You may be interested in: