seismik

"Mamak Kayangan" - Lelaki Ini Terkejut Sepinggan Nasi Campur Yang Dibayarnya Berharga RM45

Bukan biasa-biasa lauk yang diambilnya juga.

Cover image via Sin Chew Daily

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki terkejut apabila dia diberitahu bahawa harga sepinggan nasi campurnya berjumlah RM45.05 di sebuah kedai mamak

Insiden itu pada asalnya disiarkan di platform media sosial Xiaohongshu oleh teman wanita lelaki itu, di mana dia melihat ke pinggannya dan berkata ia akan menjadi makanan yang mahal, lapor Sin Chew Daily.

"Dia tidak percaya," tulisnya. "Dia terkejut apabila tiba masa untuk membayar — RM45 untuk sepinggan nasi campur!"

Berdasarkan resit tersebut, lelaki itu membayar harga makanan yang terlalu tinggi pada 29 Oktober 2021. Bagaimanapun, cerita itu sekali lagi menjadi viral selepas ia dimuat naik semula di media sosial.

Image via Sin Chew Daily

Gambar resit yang dimuat naiknya itu mempamerkan sepinggan nasi dengan telur dadar bawang (RM3) dan ayam daun pandan (RM4.50), dengan hidangan paling mahal dalam senarai ialah udang petai (RM10), sotong (RM8), dan otak-otak (RM9) di mana ia telah menaikkan lagi harga berkenaan.

Image via Sin Chew Daily

Walaupun nampak munasabah selepas meneliti bilnya, begitupun dengan jumlah dan jenis hidangan yang dipilihnya, masih agak pelik dengan udang petai tanpa udang yang kelihatan boleh berharga RM10, dan empat ketul sotong berharga RM8.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang juga dalam kalangan pelanggan kedai mamak tampil memberi nasihat kepada lelaki yang 'malang' itu

Konklusinya adalah: Jangan ambil makanan laut atau seafood!

"Sebaik sahaja saya melihat sotong, saya tahu ia akan mahal. Apabila anda keluar, jangan ambil ikan, ketam, sotong, dan lain-lain seumpamanya. 

"Sebaliknya, ambil ayam, telur, dan sayur-sayuran. Makanan ini adalah benda paling murah di pasaran sekarang," nasihat seorang netizen.

"Apabila anda makan di mamak, apa sahaja yang anda lakukan, jangan ambil udang atau sotong.

Pertama, ia tidak akan segar. Kedua, walaupun anda ambil sedikit sahaja, ia akan berharga sekurang-kurangnya RM10," komen seorang netizen.

"Anda ada sotong, petai udang, ayam, telur, dan otak-otak. Hidangan yang mewah. Kalau anda tidak tahu harga barang semasa ambil makanan, anda boleh makan rumput," kata pengguna lain dengan nada sinis.

Jadi, apa pendapat korang tentang isu ini? Adakah kedai mamak yang salah atau lelaki ini tak tahu order makan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: