seismik

Menteri Kesihatan Haramkan Merokok Di Restoran Dan Gerai Penjaja Mulai 1 Januari 2019

Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu akan dikenakan denda RM2,500.

Cover image via kosmo.com.my

Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman merokok di restoran, kedai kopi dan gerai penjaja di seluruh negara mulai 1 Januari 2019, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye pada hari Khamis, 11 Oktober

Image via FMT

Pengumuman tersebut telah dbuat oleh Dr. Lee semasa mempengerusikan forum kesihatan di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia di Kedah.

Larangan tersebut meliputi semua restoran sama ada berhawa dingin mahupun tidak berhawa dingin, di kedai kopi, pusat penjaja terbuka dan gerai-gerai jalanan.

Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu akan dikenakan denda RM2,500.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye

Image via Pink News

Sebelum ini akhbar The Star pernah melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyusulkan agar semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok

Perkara ini bukan sahaja untuk menggalakkan perokok untuk membuang tabiat tersebut, tetapi juga untuk melindungi mereka yang tidak merokok daripada asap rokok.

"Tidak syak lagi perokok akan mengatakan mereka mempunyai hak untuk merokok, tetapi bukan perokok juga mempunyai hak untuk mempunyai kawasan bebas rokok," kata Dr. Lee.

Image via Okatipur

Tambah beliau, ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok seperti kanser paru-paru, asma dan lain-lain.

“Situasi ini sekali gus diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Ini boleh jadi permulaan bagi perokok untuk cuba berhenti merokok!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: