seismik

Malaysia Dinobat Sebagai No. 1 Destinasi Medical Tourism, Atasi Singapura, India & Turkiye

Majulah perubatan untuk negara!

Cover image via Eye on Asia & The Malaysian Reserve

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kini diiktiraf sebagai destinasi Medical Tourism nombor satu di dunia mengatasi negara lain seperti Singapura, India dan Turkiye

Menerusi ranking yang dikeluarkan Nomad Capitalist, sebuah firma global yang berpangkalan di Dubai menunjukkan Malaysia berada di kedudukan pertama dalam ranking 10 negara terbaik untuk Medical Tourism dan Penjagaan Kesihatan Luar Negara.

Berikut adalah senarai ranking tersebut:

  1. Malaysia
  2. Singapura
  3. Thailand
  4. India
  5. Turkiye
  6. Republik Czech
  7. Costa Rica
  8. Panama
  9. Mexico
  10. Brazil

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Kos yang lebih berpatutan menjadi antara faktor jadi pilihan orang asing mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia

Mendapat lebih setengah juta pelancong yang kebanyakannya dari Asia hadir bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan, Malaysia menjadi pilihan bagi mereka setiap tahun disebabkan oleh infrastruktur negara yang maju di samping kos yang lebih rendah.

Malaysia telah menyediakan kemudahan perubatan yang setanding Singapura tetapi menawarkan harga perkhidmatan yang jauh lebih rendah.

Pada masa yang sama, negara telah menubuhkan agensi untuk menarik ratusan ribu pelancong perubatan untuk mendapatkan prosedur kesihatan yang berkualiti.

Gambar sekadar hiasan

Image via Nikkei Asia

Walaupun kos rendah, perkhidmatan kesihatan yang disediakan tetap berkualiti

Dengan caj perkhidmatan yang lebih berbaloi pelancong dapat menikmati kemudahan serta perkhidmatan yang setanding dengan pesaing yang lain.

Bahasa Inggeris juga lebih banyak digunakan di Malaysia berbanding di Thailand di samping infrastruktur yang lebih baik daripada negara seperti India.

Kemudahan kesihatan di Malaysia menyediakan rawatan canggih yang memerlukan caj ribuan dolar AS jika ia dilakukan di Amerika Syarikat, tetapi hanya beberapa ratus dolar bagi mendapatkan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: