seismik

Malaysia Catat Sejarah, Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Sebagai sebuah negara Islam, pengiktirafan ini merupakan sesuatu yang sangat membanggakan.

Cover image via Picfave Studio

Melalui satu kajian yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) baru-baru ini menunjukkan Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia

Image via Net Flights

Ianya mengatasi beberapa negara Islam lain termasuk Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Arab Saudi.

Menurut laporan, Malaysia berada di kedudukan 20 dalam senarai Indeks Kedamaian Global 2020 oleh IEP tetapi menjadi negara Islam paling damai.

Berikut di bawah adalah senarai 10 negara Islam yang teratas paling damai di dunia:

  1. Malaysia (20)
  2. Qatar (27)
  3. Kuwait (39)
  4. Emiriah Arab Bersatu (41)
  5. Indonesia (49)
  6. Oman (68)
  7. Jordan (72)
  8. Maghribi (83)
  9. Bahrain (110)
  10. Arab Saudi (128)

Tahap kedamaian global tahun ini dinilai berdasarkan 23 petunjuk yang dihimpun dalam tiga kategori iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan antarabangsa serta status ketenteraan.

Iceland mendominasi senarai negara paling damai di dunia tahun ini berdasarkan jumlah populasi yang kecil iaitu sekitar 365,000 orang

Iceland

Image via KPMG International

Negara tersebut juga merekodkan kadar jenayah yang rendah, selain mempunyai sistem pendidikan, pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan yang baik.

New Zealand pula berada di kedudukan kedua dalam senarai dan berjaya mengekalkan kedudukan itu sejak 2017.

Dengan populasi kurang 4.9 juta, New Zealand mempunyai kadar penjagaan kesihatan terbaik dunia dan menjadi pilihan kebanyakan pendatang untuk bermastautin.

Dalam pada itu, Portugal menjadi negara ketiga paling damai di dunia kerana mempunyai keseimbangan dalam hampir kesemua sektor.

Portugal turut menjadi pilihan golongan ekpstariat untuk menikmati gaya hidup yang berkualiti.

New Zealand

Image via New Zealand

Portugal

Image via Jacobin

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: